Polis Selangor berjaya menumpaskan tiga sindiket penipuan membabitkan pelaburan tukaran mata wang asing (Forex), penipuan kad kredit dan pecah amanah melibatkan kerugian RM10 juta dalam beberapa serbuan sejak 16 Mei dengan 16 suspek berjaya ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, ACP Mohd Sakri Ariffin berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang pegawai bank yang pecah amanah bank di sebuah hotel di Cheras pada Isnin lalu.
Suspek berusia 35 tahun itu disyaki menipu 32 pelabur dengan jumlah wang RM5.4 juta sejak tahun 2014.
"Kita dijangka akan menerima lebih banyak laporan dan sesiapa yang menjadi mangsa laman web www.nexusfx.com dan www.mymoorescapital.com tampil kehadapan untuk membantu siasatan", katanya ketika sidang media di sini.
Suspek ditahan selepas setahun bersembunyi di Chiang Mai, Thailand dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, lima suspek berusia 28 hingga 48 tahun ditangkap kerana disyaki dalang sindiket pelaburan Forex dengan kerugian lebih RM5 juta pada Rabu.
Siasatan mendapati sindiket dengan nama Syarikat Real Biz Network itu tidak mempunyai unsur pelaburan Forex.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Manakala pada 17 Mei, 10 individu termasuk 4 wanita disyaki keldai dan ejen kad kredit palsu ditahan dalam beberapa tangkapan berasingan di Selangor.
117 keping kad kredit palsu dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Fri May 20 2016
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, ACP Mohd Sakri Ariffin sedang menunjukkan sebahagian dari barangan rampasan hari ini. - Foto Astro AWANI
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
AKPK Melaka struktur semula 2,107 fasiliti kad kredit golongan belia sejak 2006
Setakat Mac lepas juga, 4,948 fasiliti kredit berjaya distruktur semula di Melaka menerusi pelan pembayaran balik yang komprehensif dan holistik.
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'
Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.
Lelaki ditahan di Jepun kerana curi maklumat kad kredit menerusi 'web skimming'
Suspek dipercayai telah memasukkan kod komputer di laman sesawang sah berkaitan muzik untuk tujuan jahat dan secara tidak sah.
PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.
Syarikat konsesi tekad pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol lancar
Selain lebuh raya BESRAYA dan NPE, sistem pembayaran terbuka tersebut turut melibatkan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur dan Lebuh Raya Koridor Guthrie serta Jambatan Pulau Pinang.
Wang dalam akaun saya cukup bayar kad kredit, tak perlu guna dana yayasan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, akibat kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, wanita itu telah membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.
Penyeluk saku didalangi warga asing tumpas
Tangkapan dijalankan ke atas kesemua suspek susulan laporan kehilangan dua kad kredit pada Sabtu lalu.
Ahli perniagaan wanita rugi lebih RM300,000 selepas dihubungi 'pegawai bank'
Wanita berumur 55 tahun itu dihubungi seorang pegawai bank mendakwa kad kredit miliknya telah digunakan dalam jumlah yang besar.
CGS-CIMB jangka penggunaan kad kredit kembali pulih, kekal saranan 'overweight' ke atas bank
Ini sekali gus akan menjadi antara pemacu bagi pertumbuhan pendapatan bank pada tahun kewangan 2022.