JOHOR BAHRU: Beberapa peniaga warga asing di sebuah pasar basah di Tampoi dekat sini, lesap sewaktu pemeriksaan mengejut anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pada Ahad.
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.
Menurut beliau, operasi berkenaan diadakan bertujuan memeriksa harga barangan selain memberi advokasi supaya peniaga meletakkan tanda harga menerusi Op Kesan 2.0.
"Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan mendapati masih ramai lagi peniaga yang gagal letakkan tanda harga dengan pelbagai alasan diberikan.
"Malah ada peniaga, sewaktu pemeriksaan dilakukan, terhegeh-hegeh menulis harga tempe atas kertas. Sudahlah perkataan tempe itu ditulis 'temey' terpaksa anggota KPDN betulkan," katanya pada sidang akhbar.
Lilis Saslinda memberitahu pemeriksaan Op Kesan 2.0 seterusnya akan dibuat bersama agensi lain termasuk JIM bagi memantau isu pekerja asing manakala KPDN hanya membabitkan pemeriksaan harga selain pematuhan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
"Diakui pemilik premis sepatutnya adalah warga tempatan, mungkin warga asing di beberapa premis sayuran itu digajikan pemilik bagi menjaga kedai.
"Bagaimanapun, pemilik seharusnya memaklumkan pekerja asing berkenaan supaya meletakkan tanda harga kerana ada beberapa barangan dijual langsung tiada tanda harga, dan ia kesalahan besar sebenarnya.
"Hari ini, KPDN beri advokasi dan nasihat dahulu, namun mulai lusa kita akan terus bertindak tegas dan keluarkan kompaun jika masih tiada tanda harga diletakkan pada barangan dijual," katanya.
Sebelum itu, pelbagai premis membabitkan gerai sayur, ikan dan daging diperiksa anggota KPDN diketuai Lilis Saslinda.
Lilis Saslinda berkata, Op Kesan 2.0 akan terus dipertingkatkan di pelbagai lokasi bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya.
"Kita akan memastikan tiada mana-mana syarikat sama ada tersenarai dalam Skim Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) atau pun tidak layak menerima subsidi diesel, tidak menggunakan penyasaran subsidi diesel yang diumumkan kerajaan sebagai alasan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 16 2024

Beberapa peniaga warga asing di sebuah pasar basah di Tampoi dekat sini, lesap sewaktu pemeriksaan mengejut anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pada Ahad. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Sembilan lelaki menyamar anggota penguat kuasa, rompak pekerja kebun sayur ditahan
Suspek didakwa menceroboh kawasan kebun itu dan merompak enam pekerja sehingga berlaku kecederaan terhadap mangsa.

Minta rasuah RM80,000, anggota penguat kuasa direman lima hari
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan rasuah RM80,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta wang suapan kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita.

Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.

Pegawai, anggota Imigresen perlu amal sikap amanah, taat setia - Zakaria
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban hari ini mengingatkan pegawai dan anggota penguat kuasa jabatan itu supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah dan taat setia.

Pasport terbang: Tiga anggota penguat kuasa direman enam hari
Tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan berhubung aktiviti 'pasport terbang'.

Anwar mahu anggota agensi penguat kuasa miliki nilai, disiplin tinggi
Anwar menggesa semua warga penguatkuasaan di bawah KDN untuk berubah, baik dari aspek fizikal mahupun spiritual, mengambil kira besarnya tanggungjawab anggota kementerian berkenaan.

Polis Kelantan-Thailand kerjasama siasat kes penyeludup diesel cuba tembak anggota kastam
Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan suspek terlibat.

Peniaga warga asing 'lesap' ketika pemeriksaan KPDN
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, rata-rata warga asing menganggap anggota KPDN merupakan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana berpakaian seragam.