MARANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap warga agensi penguatkuasaan di negara ini memiliki nilai murni dan disiplin yang tinggi dalam menggalas tugas mempertahankan keselamatan negara.
Beliau berkata sekiranya aspek berkenaan berjaya diperkukuh dalam kalangan semua anggota penguat kuasa, matlamat untuk mengangkat martabat negara, bangsa dan umat boleh dicapai dalam tempoh lebih cepat.
"Kita tak kurang orang yang pandai bercakap dari kedai kopi sampai ke Parlimen. Yang kurangnya, orang yang ada semangat disiplin dan nilai yang baik.
"Sebab itu, saya seru bagi semua pihak (supaya) faham agenda perubahan ... kalau nak angkat martabat umat, bangsa dan negara tidak boleh dengan kaedah yang lama," kata beliau ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Terengganu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini hari ini.
Justeru, Anwar menggesa semua warga penguatkuasaan di bawah KDN untuk berubah, baik dari aspek fizikal mahupun spiritual, mengambil kira besarnya tanggungjawab anggota kementerian berkenaan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan segera RM1 juta bagi membaiki 20 unit kuarters polis di IPD Marang yang mengalami kerosakan setelah melihat sendiri situasi kediaman terbabit.
"Minggu depan sampai RM1 juta. Saya minta KDN dan polis untuk ambil tindakan segera. Saya tidak peduli apa cara sekalipun, yang penting ia mesti cepat diselesaikan supaya kita boleh bawa masuk lagi 20 keluarga untuk tinggal di situ.
"Kita nak suruh polis pertahankan negara dan banteras jenayah, tapi rumahnya rosak ... jadi, saya kata kita selesaikan masalah ini bermula tahun lepas dan tahun ini walaupun tidak semuanya," kata beliau.
Menurut Anwar, bagi kuarters polis lain yang memerlukan kerja pembaikan, KDN akan membawa cadangan mengenai perkara itu, namun ia bergantung pada keupayaan kewangannya.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan kes-kes yang terdesak akan diselesaikan segera tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Anwar (tengah) bersalaman dengan warga Kementerian Dalam Negeri pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Terengganu di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang hari ini. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.