KUALA LUMPUR: Gara-gara menetak kepala bekas majikan dengan sebilah parang kerana tidak berpuas hati ditampar lelaki itu, seorang peniaga sayur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi menjatuhkan hukuman itu ke atas E. Thomas Gabriel Gomez, 22, yang mengaku bersalah menyebabkan cedera parah kepada A. Utaiya Sangkar, 33, dengan menggunakan sebilah parang untuk menetak mangsa, di pusat pembuangan sampah Pasar Borong Kuala Lumpur di sini pada 11 malam, 23 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 24 Julai lepas.
Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh mengambil kira kecederaan dialami mangsa, namun peguam K. Komagen yang mewakili Gomez memohon hukuman minima kerana anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, selain insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian (23 Julai) mangsa telah berjumpa Gomez untuk berbincang mengenai tuntutan gaji dan Gomez berasa tidak puas hati kerana mangsa telah menamparnya dua minggu sebelum kejadian kerana bersikap biadap terhadap rakan sekerja dan diberhentikan kerja.
Semasa berbincang, dia menyerang mangsa dengan sebilah parang dan menetak kepala mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri, namun ditangkap polis keesokannya.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa turut mengalami kecederaan pada bahu kiri dan jari tangan kiri.
- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

Gara-gara menetak kepala bekas majikan dengan sebilah parang kerana tidak berpuas hati ditampar lelaki itu, seorang peniaga sayur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.

Peniaga sayur rugi RM200,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat 42 kali bayaran ke 16 akaun berbeza menggunakan wang simpanan dan hasil gadaian barang kemas.

Peniaga sayur tetak bekas majikan dipenjara dua tahun
Kerana tidak berpuas hati ditampar, peniaga sayur tetak kepala bekas majikan.

Syukur sewa ditangguhkan, kami bukan untung besar - Peniaga Pasar Sandakan
Keputusan kerajaan menangguhkan bayaran sewa tapak dilihat langkah tepat dalam memastikan kebajikan para penjaja kecil seperti mereka.