IPOH: Peniaga putu mayam, Zaidi Zainal Abidin menceritakan dia dan keluarganya berdepan detik cemas apabila tebing bersebelahan rumah yang didiami mereka di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Gugusan Manjoi di sini, runtuh dalam kejadian petang Selasa.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Zaidi, 53, bersama ibunya, Salasiah Baharuddin, 73, serta anaknya Zulfazli Hakimi Zaidi, 20, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Zaidi, sebelum kejadian hujan lebat berlarutan sejak 3 petang dan kejadian arus deras di sekitar parit di kawasan rumahnya.
"Ketika itu, saya di ruang tamu bersama anak saya sedang asyik bermain telefon dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat barangan terjatuh di luar rumah yang saya ingatkan ditiup angin.
"Kemudian bunyi jatuhan semakin berlarutan dan apabila saya keluar memeriksa, ada runtuhan tanah bersebelahan rumah. Khemah saya tempatkan barangan berniaga telah jatuh menyembah bumi," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Zaidi berkata walaupun masih trauma, beliau bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kecederaan atau insiden yang meragut nyawa.
"Saya maklumkan kepada penghulu untuk meminta bantuan dan kemudian sepasukan bomba hadir ke rumah. Dengan bantuan bomba dan semua pihak, van saya berjaya ditarik keluar dari kawasan bahaya.
"Malam semalam dan hari ini pun ramai pihak termasuk pemimpin masyarakat dan wakil Parlimen Tambun hadir, termasuk agensi kerajaan.
"Setakat ini kanvas telah dipasang untuk mengurangkan kesan runtuhan sedia ada," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Puncak Emas Infra Sdn Bhd (PEISB), Ir Saiful Azzuan Aznam berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan ke lokasi kejadian bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi membuat penilaian.
"Hasil pemeriksaan mendapati kawasan terbabit bukan di bawah seliaan pihak PEISB namun pihak kita bersama MBI bersetuju untuk memasang kanvas pada cerun yang runtuh bagi mengelak hakisan lebih teruk berlaku.
"Kami juga akan membuat kajian kos pembaikan dan laporan terbabit akan diserahkan kepada pihak MBI untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Saiful Azzuan berkata PEISB juga turut mengambil langkah berjaga-jaga dan pemantauan berkala dilakukan di kawasan cerun berisiko di bawah seliaan mereka.
"Kami sentiasa bersedia terutamanya di kawasan yang dijangka banjir termasuk pembersihan sistem perparitan tersumbat, kejadian pokok tumbang, banjir kilat hingga menyebabkan jalan dinaiki air," katanya.
Pada Selasa, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak melaporkan seorang wanita warga emas antara tiga individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Manjoi dekat sini.
Bomba kemudian mengarahkan rumah tersebut dikosongkan sementara kerja-kerja menyelamat dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Zaidi menunjukkan kesan runtuhan tebing dalam kejadian hujan lebat petang Selasa di rumahnya di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Baru 1, Gugusan Manjoi, Ipoh, 8 Nov 2023 --fotoBERNAMA
Pendirian neutral ASEAN faktor penting serlah kepengerusian Malaysia - Tengku Zafrul
Ia menjadi faktor penting yang mampu "menyelamatkan" kebanyakan rantaian bekalan dunia yang kritikal.
Premier Sarawak Hadir Forum Ekonomi Malaysia 2025
Premier Sarawak,Tan Sri (Abang Johari Tun Openg merupakan antara pemimpin utama yang menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025) di Kuala Lumpur, pada Khamis.
Ringgit bergerak pada hala tuju betul, ceminkan asas ekonomi - BNM
Ringgit bergerak dalam hala tuju yang betul, mencerminkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan negara untuk beberapa tahun akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
87 peratus responden termasuk ibu bapa setuju PLKN dilanjutkan - Johari
Sejumlah 87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilanjutkan.
FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Polis berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
Rasionalisasi subsidi diesel beri penjimatan hingga RM7.5 bilion setahun - Amir Hamzah
Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan tahunan antara RM7.2 bilion dan RM7.5 bilion kepada kerajaan, meningkat daripada RM4 bilion yang diunjurkan tahun lepas.
Dialog Tiga Penjuru: Titah addendum | Dialog tiga peguam
Apa yang boleh kita fahami tentang titah adendum, kuasa prerogatif YDPA dan fungsi Lembaga Pengampunan? Salah tafsir peruntukan undang-undang punca menimbulkan persepsi dan persoalan yang sering dipolitikkan? Tiga peguam berkongsi ‘ilmu perundangan’ dalam Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil.
Peniaga putu mayam cerita detik cemas tebing rumah runtuh
Menurut Zaidi, sebelum kejadian hujan lebat berlarutan sejak 3 petang dan kejadian arus deras di sekitar parit di kawasan rumahnya.