MUAR: Seorang peniaga pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini pada Ahad atas 11 pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 14 tahun antara Mac hingga Mei lalu.
Tertuduh, Lim Khim Tai, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh berhadapan tiga pertuduhan merogol dan enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang mempunyai kecatatan mental itu kira-kira jam 8 pagi di bilik tidur sebuah rumah di Jalan Temenggong Ahmad di sini.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 8 Mac hingga 24 Mei lalu.
Bagi kesalahan merogol tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (k) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara bagi kesalahan amang seksual, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a), Seksyen 14 (b) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.
Bagi kesalahan itu tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir tidak menawarkan jaminan kerana khuatir tertuduh yang merupakan kenalan bapa mangsa akan mengganggu mangsa yang kini hamil lima bulan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang sudah berkahwin itu dan menetapkan 18 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 14 2024

Khim Tai dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Muar pada Ahad atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan OKU. - Gambar/ Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Remaja Maghribi mengaku bersalah cabul wanita Malaysia dalam pesawat
Seorang pelajar lelaki Maghribi, mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul penumpang wanita dalam pesawat dari Abu Dhabi, UAE ke Kuala Lumpur, Rabu lalu.

PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.

Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.

Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan
Seorang bekas penolong jurulatih boling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas dakwaan kes cabul ke atas seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma) tujuh tahun lalu.

Penganggur direman cabul cucu saudara
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.

Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.

Peniaga pasar malam didakwa rogol, amang seksual anak kawan
Tertuduh, Lim Khim Tai, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.