Bermula Januari 2013, pinjaman skim mikro kredit sehingga 50 ribu ringgit akan ditawarkan kepada penjaja dan peniaga kecil.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keutamaan diberi kepada mereka yang terbabit dalam Menu Rakyat 1Malaysia, MR1M.
Menurut beliau, skim itu melibatkan peruntukan berjumlah RM50 juta ringgit.
Kira-kira 1.5 juta peniaga dan penjaja kecil di negara ini dijangka mendapat manfaat tersebut melalui insentif yang ditawarkan.
Skim pinjaman tanpa faedah itu akan dikendalikan Bank Kerjasama Rakyat.
"Kementerian pada tahun depan bercadang untuk menambah 1,000 lagi kedai MR1M, namun ia bergantung kepada persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada perlu lebih atau sebaliknya," katanya.
Sehingga kini terdapat 3,188 kedai yang menawarkan MR1M, 85 kedai KR1M dan 565 kedai Tukar.
Astro Awani
Sun Dec 16 2012
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal menjadi platform PMKS menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Jelajah Jiwa SME: Ramai usahawan dilahirkan, bukti kejayaan 'Santai Namun Sampai 2023'
Kejayaan program santai namun sampai termasuk di tiga lokasi penganjuran jelajah jiwa SME di Kota Bharu, Bukit Mertajam & Kuala Lumpur bukti lebih usahawan dilahirkan.
Jom ke Jelajah Jiwa SME di Kota Bharu 15-16 September, pelbagai program disediakan!
Untuk hari pertama dalam sesi 'Saya Jual', usahawan diberikan durasi masa tertentu untuk mempersembah idea perniagaan masing-masing.
Mohammad Hanis Osman CEO baharu Bank Rakyat
Bank Rakyat melantik Dr Mohammad Hanis Osman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.
Program desa tanpa tunai perlu sokongan semua pihak
Ia usaha yang wajar dilaksana berdasarkan keperluan semasa dan perubahan norma baharu dalam kalangan masyarakat.
Bank Rakyat tawar lanjutan moratorium kepada pelanggan terkesan pandemik
Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan, Bank Rakyat amat prihatin terhadap situasi terkini yang masih tidak stabil.
MEDAC, SKM sumbang RM700,000 kepada pelajar dan mangsa banjir Sarawak - Wan Junaidi
Bantuan ini bertujuan meringankan beban yang dihadapi golongan memerlukan akibat banjir dan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Yayasan Bank Rakyat salur bantuan kepada 450 keluarga mangsa banjir Hulu Langat
Bantuan sebanyak RM200 disumbangkan kepada setiap keluarga yang dikenal pasti terkesan.
Bank Rakyat meterai perjanjian program Sukuk Wakalah bernilai RM10 bilion
Program sukuk ini membolehkan bank memperoleh pendanaan jangka panjang dengan kadar tetap di samping mempelbagaikan komposisi pendanaan.