ALOR SETAR: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Khamis lepas.
Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Amirul Azmir Md Akhir, 33, bermula dari tarikh sabitan dan jika tertuduh gagal membayar denda, dia boleh dipenjara lapan bulan.
Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam iaitu pembantu penguat kuasa MBAS daripada menjalankan kewajipannya, menyebabkan pergelutan berlaku dengan menendang dan mencampakkan bangku kecil kepada penguat kuasa.
Mohd Amirul Azmir didakwa melakukan kesalahan itu pada 11.38 malam di kawasan Dataran Alor Setar Lebuhraya Darulaman di sini pada 14 Mac lepas.
Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien, manakala tertuduh diwakili peguam Zuriyah Mhd Nordin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Mohd Amirul Azmir (kiri) dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuasa MBAS, Khamis lalu. -Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Peniaga guna kekerasan terhadap penguat kuasa MBAS dipenjara 15 hari, denda RM3,500
Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara 15 hari serta denda RM3,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan pembantu penguat kuas

Pergerakan terkawal ketika orang ramai lakukan pembelian saat akhir sempena Aidilfitri
Setiap pengunjung hadir diwajib melakukan pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka, selain perlu mengekalkan jarak sosial 1 meter antara satu sama lain.

Peniaga buah ditahan acu pisau kepada penguatkuasa MBAS
Seorang peniaga buah naik berang dan bertindak mengacukan pisau kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Peniaga kaut untung atas angin dengan menjual semula tapak perniagaan
Kurang tiga minggu menjelang Ramadan, wujud peniaga kaut untung atas angin dengan menjual semula tapak yang disewa kepada pihak ketiga.