KLANG: Enam individu dirakam keterangan berkaitan kes pergaduhan melibatkan peniaga gerai berdekatan Kompleks Sukan Pandamaran, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika individu terlibat sedang membuka gerai untuk berniaga di lokasi berkenaan.
"Siasatan mendapati berlaku pertengkaran mulut mula apabila salah seorang peniaga mendakwa barangan peniaga di sebelahnya diletak sehingga menghalang laluan.
"Individu berkenaan menegur tindakan tersebut sebelum berlakunya pertengkaran sehingga membawa kepada insiden tolak menolak antara mereka," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, pergaduhan bagaimanapun dileraikan beberapa individu yang berada berdekatan.
"Siasatan mendapati kesemua individu terlibat merupakan ahli keluarga dan kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya.
Menurutnya, satu video dipercayai berkaitan kejadian juga telah dikesan tular di media sosial, dan pihaknya berharap penyebaran video berkenaan dapat segera dihentikan untuk mengelakkan sebarang kegusaran awam. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 03 2024

Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam ketika individu terlibat sedang membuka gerai untuk berniaga. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.

Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.

Polis tahan lelaki warga asing gaduh, korek mata
Polis menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang menyaksikan seorang lelaki tempatan mengalami kecederaan parah apabila bebola mata kirinya dikorek.

4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan
Sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan pistol dan parang dilaporkan bergaduh selain turut dilaporkan melepaskan tembakan.

Gaduh di Cameron Highlands: Polis cari suspek dikenali sebagai 'Deni'
Polis sedang mengesan suspek dikenali sebagai 'Deni' bagi membantu siasatan kes pergaduhan tiga lelaki warga Indonesia di Cameron Highlands.

Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.

Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan kes gaduh berkaitan perlawanan bola sepak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang membabitkan sekumpulan individu selepas perlawanan bola sepak di Pulau Pinang.

Peniaga gaduh, enam individu dirakam keterangan
Tular video di media sosial memaparkan insiden pergaduhan melibatkan peniaga gerai berdekatan Kompleks Sukan Pandamaran dekat sini pada

6 ditahan kes pukul lelaki ada hubungan sulit dengan isteri orang
Polis menahan enam lelaki kerana merusuh tanpa senjata dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, petang semalam.

Lelaki maut bergaduh depan kedai
Seorang kakitangan awam maut dalam pergaduhan di hadapan sebuah kedai di Kampung Cabang Sungai Hala di sini.