PUTRAJAYA:Peniaga kendera saji (food truck) di Presint 2 dan Presint 15 di sini mencadangkan supaya kerajaan membenarkan operasi perniagaan sehingga 12 tengah malam dan pelanggan dibenar makan di premis dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Cadangan itu disampaikan kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid yang membuat tinjauan ke dua tapak 'food truck' itu, malam semalam dan pengusaha menyatakan rasa sukar untuk mengekalkan momentum perniagaan dalam tempoh mencabar sekarang.
Rosol dalam kenyataan hari ini berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk dipanjangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membolehkan penilaian dilakukan dan langkah sewajarnya diambil bagi mengatasi isu tersebut.
"Saya yakin, sebagai kerajaan yang prihatin, pihak yang berwajib akan memperhalusi cadangan berkenaan kerana isu bebanan survival perniagaan khususnya bagi peniaga kecil bukan hanya berlaku di Putrajaya, tetapi juga di seluruh negara," katanya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya tamat pada 4 Feb, dilanjutkan sehingga 18 Feb di seluruh negara kecuali di Sarawak, berikutan berlakunya trend peningkatan kes baharu COVID-19 di semua negeri.
Kerajaan membenarkan kedai makan, restoran dan khidmat penghantaran makanan untuk beroperasi sehingga pukul 10 malam bermula 22 Jan lepas, bagaimanpun aktiviti makan di kedai masih tidak dibenarkan dan hanya pembungkusan, penghantaran dan pandu lalu dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

Cadangan untuk melanjutkan operasi peniaga kendera saji itu akan dilanjutkan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Peniaga trak makanan lega dibenarkan beroperasi dalam normal baharu
Pengumuman itu satu kelegaan buat peniaga berkenaan yang berdepan dengan risiko kerugian sejak 18 Mac lalu.

Perintah Kawalan Pergerakan: 'Food truck' tidak dibenar beroperasi di Kuala Lumpur
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan memutuskan bahawa tiada operasi 'food truck' dibenarkan di sekitar wilayah itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.