SUNGAI PETANI: Seorang peniaga didenda RM120,000 oleh Mahkamah Seksyen 1 Sungai Petani hari ini setelah mengaku salah menjalankan perniagaan diesel tanpa kebenaran di Sungai Lalang, di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Lim Soon Ping, 41, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubaha dalam bahasa Hokkien di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Sekiranya gagal membayar denda, mahkamah mengarahkan tertuduh dihukum penjara selama enam bulan selain hasil jualan diesel yang dirampas bernilai RM60,200 dan dua buah lori diserah dan dilucut hak kepada kerajaan.
Sebelum itu, tertuduh mengaku salah bahawa dalam kawalannya terdapat barang kawalan sebanyak 28,000 liter minyak diesel dalam dua buah lori tangki.
Mengikut pertuduhan, perbuatan itu telah menimbulkan syak munasabah bahawa satu kesalahan akan dilakukan iaitu berniaga dengan cara jual runcit atau borong barang berjadual iaitu minyak diesel tanpa suatu lesen yang sah.
Akibat itu, dia dituduh telah melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan satu kesalahan bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Tertuduh bersama tiga warga Myammar iaitu Than Win Htun, Mg Win Thein dan Win Ko Naing berusia antara 30-an hingga 40-an dituduh bersama-sama pada 10 April lalu lebih kurang jam 1.20 pagi di Kawasan Perusahaan Sungai Lalang.
Bagaimanapun, ketiga-tiga warga Myammar tersebut mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Jika sabit kesalahan mengikut peraturan tersebut, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Muhammad Nizam Amir.
Adie Sufian Zulkefli
Mon May 29 2023
Tertuduh, Lim Soon Ping didenda RM120,000 oleh Mahkamah Seksyen 1 Sungai Petani hari ini setelah mengaku salah menjalankan perniagaan diesel tanpa kebenaran di Sungai Lalang, Sungai Petani, bulan lalu. - Gambar Astro AWANI
Hezbollah perlu ‘bayar harga setimpal’ atas kematian 12 kanak-kanak di padang bola - Israel
Israel menyalahkan Hezbollah Lubnan atas serangan roket di Bukit Golan yang mengorbankan kanak-kanak berkenaan.
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
"Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin."
Olimpik Paris 2024: Bintang judo Jepun, Abe menangis teresak-esak selepas tewas
Uta Abe tidak pernah kalah dalam pertandingan rasmi sejak 2019 dan dianggap sebagai calon utama untuk pingat emas di Paris.
Keracunan makanan di Sandakan: Kanak-kanak makan makanan dibeli bapa
Kanak-kanak tersebut mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan, serta mengalami sawan pada Rabu sebelum dibawa ke hospital.
Ketegangan di Bangladesh: Pelajar boleh sambung pengajian di Malaysia atau sebaliknya
Pihaknya telah mengarahkan supaya satu perbincangan lanjut dilaksanakan dari segi hala tuju pelajar-pelajar berkenaan selepas ini.
Olimpik Paris 2024: Pusat Media Utama kembali operasi seperti biasa
MPC yang terletak di Palais des Congres di Porte Maillot, beroperasi sepenuhnya dengan protokol keselamatan biasa.
Malaysia seru Pelan Tindakan ARF dikemas kini
Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran Facebooknya berkata Mohamad membuat seruan sedemikian semasa ARF ke-31 pada 27 Julai di Vientiane, Laos.
Perak negeri tertinggi terima dana SejaTi MADANI
Perak merupakan negeri yang menerima geran tertinggi iaitu melibatkan 113 pemohonan dengan peruntukan RM10.1 juta.
Sekolah rintis Johor diyakini tingkat kualiti pendidikan - MB
Guru-guru yang terlibat akan dipersiap dengan kurikulum dan ilmu yang diperlukan sebelum program bermula pada Februari 2025.
Pahang peruntuk lebih RM3 juta untuk program pembangunan belia
Peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Majlis Belia Pahang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.
Peniaga didenda RM3,500 miliki 108 naskhah al-Quran tiada kelulusan KDN
Seorang peniaga didenda RM3,500 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 108 naskhah al-Quran yang tidak mempunyai kelulusan KDN.
Peniaga didenda RM90 maki pegawai kanan polis di pusat hiburan
Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM90 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pegawai kanan polis, minggu lepas.
Peniaga didenda RM120,000 jual diesel tanpa lesen
Turut dituduh ialah tiga warga Myammar iaitu Than Win Htun, Mg Win Thein dan Win Ko Naing.
Jual minyak pelincir palsu, peniaga didenda RM52,920
Padah menjual 294 botol minyak pelincir dengan cap dagangan palsu, seorang peniaga didenda lebih RM52,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Padah hantar gambar lucah, peniaga didenda RM8,000
Hakim Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Chang Yoon Siong, 31, selepas dia mengaku bersalah.