ROMPIN: Peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diingatkan untuk mematuhi etika perniagaan yang baik termasuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata KPDNHEP juga akan melaksanakan pemantauan di bazar berkenaan bagi memastikan harga jualan tidak membebankan pembeli serta peniaga mematuhi semua peraturan disyaratkan seperti meletakkan tanda harga.
"Saya harap peniaga tahu tanggungjawab mereka kerana ini adalah perkara yang berlaku setiap tahun. Kita akan pantau dan kawal supaya harga jualan tidak melebihi harga maksimum ditetapkan menerusi skim kawalan harga.
"Harga maksimum itu ditetapkan setelah kita melihat pelbagai keadaan dan senario ekonomi, selain membuat kajian, pemantauan dan konsultasi pelbagai pihak berkaitan supaya kita boleh memperoleh persetujuan mengenai harga yang berpatutan itu," katanya.
Nanta berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Food Bank Siswa di Politeknik Muadzam Shah di sini hari ini, yang turut dihadiri pengarah politeknik itu Hassan Ismail dan Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin.
Berhubung operasi pemantauan dan penguatkuasaan, Nanta berkata setakat ini KPDNHEP telah melakukan 70,593 pemeriksaan meliputi peruncit, pemborong dan pengilang, selain menerima 753 aduan berkaitan harga dan bekalan.
Mengulas mengenai Program Food Bank Siswa, Nanta berkata sejak dilancarkan pada Februari 2019 hingga kini, seramai 17,954 mahasiswa dari 26 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat menerima bantuan berkenaan.
Politeknik Muadzam Shah merupakan IPT ke-27 menerima manfaat itu, dengan seramai 1,200 pelajar dikenal pasti sebagai penerima bantuan yang berkonsepkan 'food pantry' menerusi sumbangan daripada 13 syarikat.
"Kita juga mula melakukan kerjasama dengan hotel di Terengganu dan Perlis bagi mendapatkan sumbangan makanan yang masih baik dan belum disentuh untuk diproses menggunakan teknologi retort bagi memanjangkan jangka hayat makanan itu.
"Jika usaha ini mencatatkan kejayaan, inisiatif ini boleh dikembangkan ke negeri lain termasuk dalam Program Food Bank Siswa menerusi konsep 'central kitchen' yang melibatkan pemberian makanan berbungkus," katanya.
Nanta juga berharap lebih ramai syarikat, pengusaha makanan dan hotel menawarkan diri menjadi sebahagian daripada program food bank KPDNHEP yang bukan sahaja membantu golongan memerlukan, tetapi turut mengurangkan pembaziran makanan.
Untuk rekod, sejak program food bank dilancarkan pada 22 Dis 2018 seramai 624,845 ahli isi rumah menikmati bantuan itu selain 2,301 tan metrik lebihan makanan berjaya diselamatkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

Nanta berkata KPDNHEP juga akan melaksanakan pemantauan di bazar berkenaan bagi memastikan harga jualan tidak membebankan pembeli serta peniaga mematuhi semua peraturan disyaratkan seperti meletakkan tanda harga. - BERNAMA

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

Peniaga bazar diingatkan pamer tanda harga dengan jelas - KPDN N. Sembilan
Peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri dinasihatkan supaya mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi mengelak kekeliruan.

Meraung rumah terbakar, peniaga bazar tinggal sehelai sepinggang
Seorang peniaga air di Bazar Ramadan Felda Air Tawar 5 di sini pada Sabtu meraung semasa melihat rumahnya terbakar dan tidak sempat menyelamatkan apa-apa dalam kejadian itu.

KPDN Kelantan saran peniaga bazar Ramadan sedia Menu Rahmah
Tindakan itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang merancang untuk membuka Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara tidak lama lagi.

Siling Dataran Pahlawan runtuh, pekerja sempat selamatkan diri
Seorang pekerja kedai bersama pelanggan dan bayinya nyaris cedera dihempap runtuhan siling di Bazar Kraftangan Dataran Pahlawan Megamall di Banda Hilir dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.

27 peniaga bazar Ramadan di Pahang diberikan notis perintah mahkamah
Kesemua notis yang dikeluarkan berjumlah RM4,200 itu sebagai amaran serta peringatan kepada peniaga terbabit supaya mematuhi peraturan ditetapkan.

Peniaga bazar Ramadan, Aidilfitri diingat patuh etika - Nanta
Peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diingatkan untuk mematuhi etika perniagaan yang baik termasuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga.

Bazar hanya sehingga 29 Ramadan: Kerajaan Terengganu dirayu pertimbang semula arahan
Perkara itu perlu dipertimbang semula kerana sudah menjadi kelaziman kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada saat akhir.

Bida tapak Ramadan sampai RM35,000? Bagi mereka, 'no problem'!
Bazar Ramadan Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, menggunakan sistem bidaan kepada peniaga-peniaga yang ingin mendapatkan lokasi strategik.

Peniaga bazar Melayu moden mohon DBKL timbang lokasi penempatan semula
Peniaga Bazar Melayu Moden di Jalan Masjid India memohon pihak berkuasa tempatan memindahkan bazar ke lokasi strategik.