ISKANDAR PUTERI: Pengusaha bas negeri ini berharap agar kerajaan mengadakan sesi libat urus bersama mereka, mengenai perincian dan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sempadan negara yang akan dilaksanakan 1 April ini.
Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia (SGBM) R.Thiagarajan berkata sesi tersebut haruslah dilakukan segera menerusi dialog bersama pemain industri bas, untuk mengetahui permasalahan dan peraturan terlibat sebelum memulakan operasi.
"Saya rasa Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu membuat sesi libat urus untuk pembukaan sempadan.
"Sehingga kini perincian tidak dimaklumkan, prosesnya perlu diperincikan lebih awal supaya pengusaha bas boleh membuat aturan sepatutnya, kerana persediaan perlu dibuat lebih awal dan tidak menyebabkan kita kelam kabut nanti," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau, yang juga Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas Negeri Johor, berkata hampir 300 pengusaha bas di negeri ini, terutama pengusaha bas sekolah dan persiaran, tidak dapat meneruskan operasi mereka kerana terjejas akibat COVID-19 dan dibelenggu hutang.
Justeru, pihaknya akan berjumpa Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dalam masa terdekat untuk membincangkan isu berkenaan, selain turut berharap agar dapat mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
"Jika isu (kredit) ini selesai, pengusaha boleh fokus untuk membangunkan semula perniagaan, sekiranya kami dapat pembelaan mengenai hutang kredit," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga pada masa sama hendaklah membenarkan pengusaha membuat pengiklanan pada bas milik mereka untuk mencari pendapatan sampingan, terutama kepada pengusaha bas sekolah dan persiaran yang terjejas.
"Saya usul ahli-ahli persatuan untuk mencari pendapatan sampingan iaitu dengan membuat pengiklanan bas.
"Tetapi malangnya bas sekolah dan persiaran tidak layak, sedangkan yang layak adalah bas ekspres dan bas henti-henti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan Malaysia digesa membuat sesi libat urus dengan pengusaha bas di Johor sebelum pembukaan sempadan. - Gambar fail/ Bernama
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat
Hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan
Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu.
COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian
China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19 akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus untuk menentukan varian.
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.
Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.