KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
Membuka sempadan bersama itu dapat memastikan agihan dan penyelarasan bantuan kemanusiaan rentas sempadan dapat dilaksana dengan lebih berkesan untuk membantu pelarian yang melarikan diri daripada pemerintahan junta.
"Kami gesa kerajaan Thailand dan ahli pengasas ASEAN (Malaysia dan Indonesia) untuk bekerjasama dan secara proaktif untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Myanmar," kata bekas menteri luar Thailand, Kasit Piromya pada webinar bertajuk "ASEAN's Five point Consensus: Humanitarian Assistance to Myanmar" pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu penduduk Myanmar yang berlindung di khemah sementara di tepi sungai Moei bersempadan Thailand, takut untuk pulang ke rumah mereka tetapi enggan mencari perlindungan merentasi sempadan.
Kasit, merangkap ahli lembaga Ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR), turut mencadangkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan bantuan kemanusiaan.
Ditanya mengenai keputusan mesyuarat perundingan pada Jumaat, beliau berkata rundingan itu lebih kepada teori dan mungkin sukar untuk mengharapkan sesuatu daripada pertemuan berkenaan.
Menurut Agensi Berita Xinhua, mesyuarat itu akan dihadiri secara fizikal dan maya oleh wakil peringkat tinggi dari semua negara anggota ASEAN, rakan kongsi, agensi khusus PBB dan organisasi antarabangsa yang berkaitan.
Sementara itu, Felow Kanan Bersekutu Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) dan bekas pengarah eksekutif pusat AHA, Adelina Kamal berkata sukar untuk mengharapkan hasil positif daripada mesyuarat perundingan pada Jumaat.
"Macam mana nak dapatkan hasil kalau sumber keganasan itu sendiri yang (menentukan) bagaimana bantuan itu akan diuruskan," katanya merujuk kepada junta Mynmar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022

Pembukaan sempadan Thailand-Myanmar dapat memastikan agihan dan penyelarasan bantuan kemanusiaan rentas sempadan dapat dilaksana dengan lebih berkesan. - Gambar fail/ Reuters

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.