KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta anggota Kabinet memberi penjelasan penuh dalam satu Sidang Khas Parlimen khusus berhubung banjir besar yang melanda negara.
Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan turut berpandangan, wujud keperluan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk dalam melakukan pascanilai bencana tersebut.
"Pada masa yang sama, kami turut berpandangan bahawa kerajaan perlu menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu RCI selaras dengan titah Tuanku bahawa satu pascanilai banjir besar ini dilakukan, termasuk juga buat Sabah dan Sarawak.
"Ini bagi mengenal pasti segala kelemahan perancangan dan kelewatan pelaksanaan dapat diatasi, termasuk kepincangan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara sebagaimana yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Segambut berhubung enam kolam takungan banjir di Kuala Lumpur yang telah diberi milik untuk tujuan pembangunan," memetik kenyataan yang dikeluarkan empat Presiden komponen tersebut.
Tegas Majlis Presiden PH itu lagi, kesan banjir besar dari segi kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa hampir 50 orang kali ini amat ketara dan mengguris hati.
"Pada masa yang sama, suara rakyat yang kedengaran di media sosial amat lantang mengkritik respon Jemaah Menteri yang sangat lembab atau dilihat setakat ‘berwayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir, termasuk di Sabah iaitu di Tenom pada Mei dan Penampang pada September lalu.
"Malah fenomena ini telah membuka mata kita semua kepada realiti bahawa perubahan iklim dan aktiviti manusia khususnya pembalakan berleluasa dan pembangunan yang tidak mampan akhirnya memberi kesan yang amat negatif buat rakyat," memetik kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Fri Dec 31 2021

Wujud keperluan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk dalam melakukan pascanilai bencana tersebut, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan. - Foto BERNAMA
Kuih tradisional nekbat jadi pilihan ketika berbuka puasa
Kuih tradisional nekbat sentiasa dinanti dan menjadi pilihan ramai, khususnya pada bulan Ramadan.

Jumlah kes HFMD di Terengganu meningkat
Terengganu merekodkan 533 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Mac lepas.
Usaha berterusan mampu penuhi keperluan 60,000 jurutera
Malaysia berkemampuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan 60,000 jurutera mahir.
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.

Skuad Ihsan Madani KESUMA telah laksana lima misi pascabanjir di Pantai Timur
Skuad Ihsan Madani Wira Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah berjaya melaksanakan lima misi pascabanjir di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.

Banjir di tujuh negeri beransur pulih petang ini
Situasi banjir di tujuh negeri yang terjejas akibat bencana itu semakin pulih petang ini.

NGO seluruh negara diseru siapkan peralatan hadapi pascabanjir
Banyak infrastruktur asas selain rumah, seperti tempat ibadat termasuk masjid dan surau, terjejas teruk susulan banjir yang melanda.

Banjir: Kerajaan sedia peruntukan tambahan pascabanjir, baik pulih sekolah, PPS - Anwar
Kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan untuk tindakan susulan pascabanjir yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

KPT gerakkan 878 sukarelawan misi bantuan pascabanjir
KPT menggerakkan misi bantuan pascabanjir melalui Briged Sukarelawan IPT dengan kekuatan 878 sukarelawan terdiri daripada staf dan pelajar.

PM Anwar umum peruntukan RM13 juta bantuan pascabanjir Kedah
Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KPN salur peruntukan bagi gerak kerja pascabanjir
KPN akan terus memantau keadaan di kawasan terjejas banjir manakala KRT yang terkesan banjir dinasihatkan agar sentiasa berwaspada.

Sultan Johor mohon kerajaan salur bantuan khas pascabanjir
Peruntukan khas itu adalah bagi membaik pulih infrastuktur awam termasuk jalan raya yang rosak dan musnah akibat banjir.

Pahang batal kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro
Keputusan membatalkan kelulusan itu dibuat setelah kerajaan Pahang membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan kepentingan awam.