Rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang dari India atau yang merancang ke negara itu, menghadapi masalah kerana pengurup wang tempatan telah membekukan dagangan mata wang India selepas New Delhi mengumumkan pemansuhan not Rs500 dan Rs1,000.
Pemantauan di beberapa outlet pengurup wang Jalan Masjid India dan di sekitar ibu negara mendapati ramai rakyat Malaysia serta pelancong India yang beratur di kaunter untuk menjual mata wang itu, berasa kecewa.
Satu daripada syarikat pengurup wang, Sky Xchange berkata, ia hanya boleh menasihatkan pelanggannya untuk menunggu pengumuman lanjut daripada kerajaan India.
"Diharapkan akan terdapat pengumuman baharu esok," kata juruwangnya, Mahiran Ibrahim kepada Bernama.
Menurutnya, kaunter pengurup itu terpaksa mengetepikan lebih 20 pelanggan yang datang untuk menjual kedua-dua not itu sejak memulakan perniagaan hari ini.
Pada Selasa, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan not Rs500 dan Rs1,000 sekarang ini tidak lagi laku mulai tengah malam kerana ia akan digantikan dengan not baharu Rs500 dan Rs2,000 mulai 10 November.
Langkah itu bertujuan membanteras rasuah serta pemegangan tunai secara haram dan orang ramai boleh menukar not lama untuk not baharu di bank dalam tempoh 50 hari.
Kogilavani Muniappan, 43, yang akan ke India dalam tempoh dua minggu lagi berpendapat lebih banyak masa perlu diberikan kerana beliau tidak fikir pengurup wang tempatan akan menukar not lama mereka.
"Saya akan berlepas ke India dua minggu lagi dan saya berpendapat agak sukar untuk pergi ke bank (di India) dan menukar mata wang berkenaan, tetapi kita tidak ada pilihan. Untuk beratur di India bukanlah seperti di negara ini," katanya.
Seorang pekerja penghantar surat, George Raman berkata, beliau terkejut dengan langkah itu dan berharap akan terdapat pengumuman selanjutnya secepat mungkin kerana ia telah mencetuskan masalah kepada keluarganya.
"Saya sangat simpati kepada sesetengah pelancong India yang kehabisan ringgit dan perlu menukarkan wang mereka untuk hidup," katanya.
Beberapa jam selepas pengumuman yang orang ramai mempunyai 50 hari untuk mendeposit not lama ke dalam akaun bank atau pejabat pos, not terlibat hampir tidak berguna untuk berbelanja.
Not lama masih boleh digunakan dalam tempoh tiga hari akan datang di tempat terpilih di India, termasuk hospital kerajaan, kaunter tiket kereta api, bas, syarikat penerbangan serta stesen gas.
Ahli perniagaan yang ingin dikenali sebagai Nathan, 66, berkata, beliau terjejas dengan langkah itu kerana beliau mengimport tekstil dan pakaian dari India.
Sebagai pemegang kad Rakyat India Di Seberang Laut, beliau sering ke India dan mempunyai banyak not Rs500 dan Rs1,000 di negara tersebut.
"Saya tidak mempunyai cara cepat untuk menukar not terbabit atau akses segera kepada wang tunai di India. Dan menjelang tarikh perjalanan saya nanti, not itu sudah menjadi tidak bernilai," katanya.
Nathan berkata, walaupun kerajaan India berhasrat menyediakan peruntukan untuk orang ramai yang tiba atau berlepas dari lapangan terbang menukar not mereka, tidak ada jangka masa diberikan.
"Ini bermakna seseorang itu perlu pergi ke India secepat mungkin," tambah beliau.
Seorang lagi yang kerap mengunjungi India, D.Priya, 31 berkata, beliau tidak bimbang dengan pengumuman itu walaupun mempunyai beberapa not Rs500 dan Rs1,000.
"Bagaimanapun, saya cuba menghubungi rakan-rakan saya yang akan ke India dalam seminggu dua ini, bagi mendapatkan bantuan mereka menukar mata wang itu kerana saya mempunyai tempoh sehingga 31 Disember untuk berbuat demikian," katanya.
Di Malaysia, langkah sama telah diambil Bank Negara Malaysia pada 1999 apabila ia mengumumkan yang not RM500 dan RM1,000 tidak lagi sah digunakan mulai 1 Julai tahun berkenaan.
Langkah itu diambil berikutan krisis mata wang Asia pada 1997 kerana sejumlah besar mata wang Malaysia dibawa keluar dari negara ini untuk diniagakan dalam not tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2016
Pada Selasa, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan not Rs500 dan Rs1,000 sekarang ini tidak lagi laku mulai tengah malam kerana ia akan digantikan dengan not baharu. - Foto AFP
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pengurup wang Malaysia bekukan dagangan mata wang India
Pengurup wang tempatan telah membekukan dagangan mata wang India selepas New Delhi mengumumkan pemansuhan not Rs500 dan Rs1,000.