KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital dijangka mengumumkan penambahbaikan Dana Kandungan Digital menjelang Hari Seniman Negara bulan depan.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia bertujuan memastikan dana itu dimanfaatkan sepenuhnya bukan hanya menghasilkan karya yang disegani tetapi juga pengkarya dan pelakon termasuk golongan veteran dapat terlibat dalam proses penghasilan karya tersebut.
"Ini antara perkara yang sedang diusahakan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi pelakon dan pelawak veteran Ebby Yus di Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau berkata Hari Seniman Negara dirai pada 22 Mac namun sambutannya mungkin diawalkan selepas mengambil kira ketibaan bulan Ramadan.
Pada pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan RM102 juta disediakan untuk Dana Kandungan Digital bagi mempergiat pemasaran produk seni tempatan dan mendorong penghasilan lebih banyak karya kreatif.
Ditanya mengenai pengagihan dana itu, Fahmi berkata tiga agensi utama akan bertanggungjawab iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) dan MyCreative Ventures.
"Mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan ketiga-tiga agensi itu," katanya sambil menambah agensi terbabit mempunyai skop dan bidang tugas berbeza.
Mengenai pelakon Ebby Yus, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, beliau berkata biarpun baru keluar dari hospital awal bulan ini, pelakon itu menunjukkan semangat yang kental untuk terus berkarya.
"Dari situ kita akan bincang apa yang boleh diusahakan sama ada melalui Finas atau Jabatan Penyiaran serta perkara yang boleh diikhtiarkan," katanya.
Semasa kunjungan itu, Fahmi menyampaikan sumbangan Finas dan peribadi beliau kepada Ebby Yus.
Ebby Yus, yang menderita pelbagai penyakit termasuk lemah jantung, buah pinggang, kencing manis dan masalah saraf, pula berkata beliau sangat menghargai keprihatinan Fahmi yang sudi menziarahinya di rumah.
Katanya beliau masih ingin bekerja selagi terdaya dan jika keadaan kesihatan mengizinkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika ditemui media selepas melawat pelakon dan pelawak Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid di Kampong Baru hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerjasama rentas agensi tangani ekstremisme - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dilihat membimbangkan, terutama dengan insiden yang berlaku termasuk remaja yang cuba menikam seorang pemandu e-hailing baru-baru ini.

Pendapatan iklan: Organisasi media jadi teraju, KKD sedia bantu
Organisasi media Malaysia boleh menerajui perkongsian pendapatan pengiklanan dengan platform media sosial global dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia untuk membantu.

Liputan 5G di Malaysia kini 73 peratus - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata capaian rangkaian 5G di Malaysia kini ialah 73 peratus dan beliau yakin sasaran 80 peratus mampu dicapai menjelang akhir tahun 2023.

Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi
Program Pemerkasaan OKU Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan.

KKD bincang dengan agensi, kementerian berkaitan kawal selia TikTok Shop
Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan perbincangan dengan agensi dan kementerian berkaitan berkenaan aspek kawal selia di TikTok Shop.

Fahmi azam mahu pastikan tiada pemberhentian kerja dalam kalangan pengamal media
Fahmi meletakkan azam mahu memastikan tiada pemberhentian kerja berlaku dalam kalangan pengamal media selama beliau menggalas tanggungjawab selaku peneraju kementerian itu.

Sembilan lokasi dipasang Starlink di Sabah Januari tahun depan - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memasang unit peranti satelit Starlink fasa dua di Sabah seawal Januari tahun depan.

Pertumbuhan pesat pusat data mampu jadikan Malaysia 'Harimau Digital Asia' - Nie Ching
Malaysia berupaya menjadi "Harimau Digital Asia" berikutan pelaburan besar dan kerjasama dengan organisasi yang dihormati yang akan menjadikan negara sebagai hab data besar seterusnya.

Pengharmonian spektrum antara wilayah dan negara, penggerak penting ekonomi digital - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata penyelarasan (pengharmonian) itu juga akan memacu pertumbuhan ekonomi dalam era digital.

Beberapa syarikat permainan video antarabangsa berpotensi bertapak di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital telah mengenal pasti beberapa syarikat permainan video antarabangsa yang berpotensi untuk bertapak di negara ini.