PUTRAJAYA: Pengumuman beberapa insentif untuk rakyat oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini bukan disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Dalam sidang media selepas melancarkan sistem iPATUH di sini hari, Ahmad berkata kerajaan berhak untuk membuat pengumuman sebarang insentif kepada rakyat pada bila-bila masa sahaja.
"Takkan kalau ada pilihan raya, kerajaan tidak boleh buat apa-apa," katanya menambah kerajaan tidak akan mempedulikan sebarang kritikan luar sebaliknya akan terus fokus melaksanakan tugas berkesan untuk rakyat.
Ahmad mengulas kenyataan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggesa kerajaan menghentikan amalan memberikan 'sagu hati pilihan raya' seperti yang diamalkan oleh pemimpin terdahulu.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, serta bantuan RM200 kepada pesara kerajaan.
Syed Saddiq memuat naik hantaran di laman Facebook miliknya berhubung 'bantuan khas RM300 buat penjawat awam' dan mempersoalkan pengumuman itu menjelang PRN.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, serta Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, manakala tarikh penamaan calon akan berlangsung esok, Sabtu 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Kerajaan berhak untuk membuat pengumuman sebarang insentif kepada rakyat pada bila-bila masa sahaja, kata Ahmad. - Gambar fail
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Pengumuman insentif kepada rakyat bukan disebabkan PRN - Ahmad Maslan
Ahmad berkata kerajaan berhak untuk membuat pengumuman sebarang insentif kepada rakyat pada bila-bila masa sahaja.