Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barang berikutan pengubahsuaian Bajet 2016 akhir bulan ini.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan semua penguatkuasa untuk mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan di seluruh negara bagi mengelak tindakan mengaut keuntungan secara berlebihan oleh peniaga.
"Saya tidak mahu ada peniaga ambil kesempatan terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina. Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Khidmat Masyarakat Maktab Koperasi Malaysia (MKM) di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Jan lepas mengumumkan kerajaan akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik dalam keadaan yang mencabar.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pengubahsuaian Bajet 2016 itu antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
Menjelas lanjut mengenai pengubahsuaian bajet itu, Hamzah menyarankan rakyat supaya turut menyesuaikan gaya hidup dengan keadaan ekonomi semasa termasuk mengoptimumkan perbelanjaan.
Beliau mengambil contoh masyarakat luar bandar yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sederhana sehingga mereka tidak terlalu terjejas dengan kelembapan ekonomi global ketika ini.
"Projek yang tidak menjadi keutamaan boleh ditangguhkan. Apa pun yang kita buat jangan sampai rakyat tertekan," kata Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut.
Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kerajaan akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berikutan pengubahsuaian bajet itu, Hamzah berkata ia merupakan satu tindakan untuk mengelirukan rakyat.
"(Saya) sebagai anggota kabinet, kita tidak pernah bincang perkara ini dalam mesyuarat kabinet dan saya tegaskan kerajaan tidak mungkin menyusahkan rakyat.
"Sebaliknya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat tidak tertekan walaupun keuntungan yang diperoleh kerajaan berkurangan," katanya.
Program khidmat masyarakat selama tiga hari itu yang bermula semalam merupakan usaha untuk memperkenal dan mendekatkan MKM kepada masyarakat setempat di samping memupuk semangat kekitaan serta mengeratkan silaturrahim antara masyarakat.
Bernama
Sat Jan 16 2016
Hamzah menyarankan rakyat supaya turut menyesuaikan gaya hidup dengan keadaan ekonomi semasa termasuk mengoptimumkan perbelanjaan.- Foto Bernama
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
10 Bahagian Bersatu digantung boleh bersidang Disember depan - Hamzah
Semua 10 bahagian parti Bersatu yang digantung sebelum ini, dibenarkan mengadakan persidangan dan pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada Disember.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa minta rasuah RM350,000
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad mengaku tidak bersalah, selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Lapor kes rasuah tidak langkau imuniti Ahli Parlimen - MCW
Pada masa sama, SPRM juga boleh bertindak pro-aktif mengambil butiran maklumat berkaitan, secara berjumpa terus dengan mana-mana individu.
Muhyiddin masih layak jadi PM, kenapa perlu letak calon lain? - Hamzah
Hamzah turut menafikan wujudnya situasi "tidak gembira" dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri dari PN.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
PN tidak letak calon di PRK Jepak, fokus PRK Kemaman - Hamzah
Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional telah memutuskan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.
Anwar cabar Hamzah buktikan dakwaan MP Kuala Kangsar diugut sokong Kerajaan
Anwar Ibrahim berkata, Hamzah Zainuddin perlu membawa bukti berkaitan ke pihak berkuasa, supaya tuduhan itu disiasat sepenuhnya.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.