Kerajaan akan memperkasakan penguatkuasaan dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi , Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, perkara itu bagaimanapun memerlukan sedikit masa dalam memastikan ia dilaksanakan dengan berkesan.
Namun ketika ini, banyak pesalah alam sekitar termasuk kilang-kilang terlibat telah dikompaun dan dibawa ke muka pengadilan.
“Memang kita ada akta dan penguatkuasaan akta ini memang perlu ditingkatkan lagi. Contoh tahun lepas kita kompaun dan saman lebih kurang 5 juta (ringgit) sahaja untuk semua langgar Akta Kualiti Alam Sekeliling.
“Oleh itu tahun ini, kita akan letakkan seratus peratus penguatkuasaan JAS untuk mereka yang melanggar akta. Contoh kilang plastik sahaja, 150 telah ditutup. Hari ini banyak penguatkuasaan dibuat oleh JAS. Pemerkasaan JAS memerlukan sedikit masa lagi supaya kita boleh menguatkan jentera penguatkuasaan alam sekitar dan kukuhkan proses kita supaya kita boleh dakwa pencemar alam sekitar di mahkamah,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff di dewan rakyat.
Dalam pada itu mengenai pemeliharaan tapak Ramsar, Bee Yin berkata, kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak akan dipertimbangkan pada masa akan datang.
“Kita telah memutuskan bahawa kelulusan EIA tidak akan dipertimbangkan lagi pada masa depan untuk kesemua Tapak Ramsar di Malaysia termasuk Sg Pulai. Tapak Ramsar adalah wetland yang diakui mempunyai kepentingan antarabangsa di Konvensyen Ramsar. Ini adalah Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala yang ditubuhkan pada 1971 UNESCO dan dikuatkuasa 1975. Terdapat enam tapak Ramsar di Malaysia,” ujarnya.
Rahimah Abdullah
Thu Mar 28 2019
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi , Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, perkara itu bagaimanapun memerlukan sedikit masa dalam memastikan ia dilaksanakan dengan berkesan. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Pencemaran Sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai.
Larangan pembakaran terbuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu juga, stesen pengawasan kualiti udara beroperasi seperti biasa.
Penguatkuasaan JAS akan diperkasa
Kerajaan akan memperkasakan penguatkuasaan dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar.