TUMPAT: Polis mengenal pasti kawasan di Pengkalan Kubor, di sini, menjadi lokasi tumpuan untuk membanteras kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api dari Thailand ke pasaran negara ini berikutan ia mendapat permintaan tinggi menjelang sambutan Aidilfitri pada bulan depan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Tan Seng Lee berkata pasukannya diarahkan membuat pemantauan di lokasi terbabit terutamanya lorong-lorong tikus yang menjadi laluan penyeludup melakukan aktiviti itu.
"Pengkalan Kubor menjadi lokasi 'panas' di jajahan ini bagi membawa masuk bekalan itu melalui pangkalan haram dekat sempadan Malaysia-Thailand.
"Kita telah melakukan sekatan jalan raya (SJR), pemeriksaan dan pemantauan ketat di kawasan terbabit bagi membanteras kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api memasuki negara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan Bazar Ramadan dekat Wakaf Bharu, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Tan berkata setakat ini juga pihaknya telah berjaya membanteras tiga kes penyeludupan mercun di jajahan itu dengan nilai rampasan berjumlah RM30,000.
"Kita mendapati penyeludup membawa masuk produk berkenaan menerusi jalan darat setelah menggunakan bot dan sampan bagi menyeberangi Sungai Golok yang berdekatan kawasan terbabit," katanya.
Sementara itu, beliau berkata masyarakat diingatkan supaya mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan bagi memudahkan pihaknya membuat pemantauan di kawasan kediaman mereka.
"Orang ramai perlu mengambil langkah keselamatan sekiranya ada pergerakan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung dalam tempoh lama seperti lebih dua hari.
"Mereka boleh mengisi borang itu dan maklum kepada balai-balai terdekat supaya kita dapat tahu dan melakukan rondaan secara kerap bagi menangani kejadian jenayah seperti pecah rumah dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022
![Pengkalan Kubor lokasi tumpuan banteras seludup mercun, bunga api - Polis Pengkalan Kubor lokasi tumpuan banteras seludup mercun, bunga api - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649845714_mercun.jpg)
Pengkalan Kubor menjadi lokasi 'panas' di jajahan ini bagi membawa masuk bekalan itu melalui pangkalan haram dekat sempadan Malaysia-Thailand. - Foto fail
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
![Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712440268_bungaapimercung.jpg)
Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.
![Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707467707_mercun.jpg)
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
![Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.
![Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681853164_residensiPRMAMeru.jpg)
Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru
Kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru.
![KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/51590128949_adilfitri.jpg)
KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.
![Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681476396_TBZAKIHARUN.jpg)
Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac
Jumlah berkenaan membabitkan 39 kes serta tangkapan melibatkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.
![Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681310916_melecur.jpg)
Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.
![Polis Pahang tolak permohonan jual mercun, bunga api dalam talian Polis Pahang tolak permohonan jual mercun, bunga api dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681276962_Mercun.jpg)
Polis Pahang tolak permohonan jual mercun, bunga api dalam talian
Polis Pahang menolak 50 permohonan menjual mercun dan bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat 10 April lepas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
![Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681166931_TBtangaletop.jpg)
Lelaki cedera parah di kedua-dua tangan akibat mercun diubah suai
Abang mangsa yang terdengar bunyi letupan kuat berdekatan rumahnya menyangka terdapat pergaduhan dan terus menghubungi polis.
![Polis serbu kedai alat tulis disyaki jadi tempat penyimpanan mercun, bunga api Polis serbu kedai alat tulis disyaki jadi tempat penyimpanan mercun, bunga api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674108393_TBWanKamarulAzranWa.jpg)
Polis serbu kedai alat tulis disyaki jadi tempat penyimpanan mercun, bunga api
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.