KUANTAN: Polis Pahang menolak 50 permohonan menjual mercun dan bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri setakat 10 April lepas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Beliau berkata permohonan yang ditolak itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 424 permohonan diterima pihaknya.
"Antara sebab permohonan ini tidak lulus ialah pemohon memiliki rekod jenayah, tiada surat sokongan daripada agensi lain, lokasi jualan tidak sesuai dan syarikat perniagaan mereka tidak berdaftar.
"Permohonan juga ditolak jika pemohon berniaga mercun dan bunga api secara dalam talian ataupun ada dalam kalangan mereka menyimpan stok bahan itu melebihi had dibenarkan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, malam tadi.
Ramli juga menasihatkan mereka yang mendapat kebenaran untuk menjual mercun dan bunga api supaya mematuhi peraturan ditetapkan, khususnya tempoh penjualan, iaitu 25 hari sebelum perayaan dan lima hari selepas itu.
Beliau berkata polis menahan sembilan lelaki dan merampas mercun serta bunga api bernilai RM13,060 kerana disyaki menjual barangan itu tanpa lesen di Kuantan dan Pekan pada operasi Isnin lepas.
Mereka yang ditahan berusia antara 24 hingga 49 tahun dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri semasa bermain mercun atau bunga api serta berhemah dan tidak mengganggu ketenteraman jiran.
"Orang ramai diingatkan untuk tidak membakar mercun atau bunga api yang dilarang yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM100 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," tambah Ramli.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga keselamatan diri semasa bermain mercun atau bunga api serta berhemah dan tidak mengganggu ketenteraman awam. - Gambar hiasan
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Dewan Arena Square terbakar, penganjur majlis hari jadi direman seminggu
Polis mendapat perintah Mahkamah Majistret untuk menahan reman selama tujuh hari penganjur majlis hari jadi di Dewan Arena Square di Teluk Intan.
Dewan Arena Square terbakar, dipercayai libatkan penggunaan bunga api tanpa kebenaran
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun akan dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini untuk permohonan reman.
Percikan bunga api, laungan merdeka hiasi sambutan ambang Hari Kebangsaan
Sambutan Ambang Hari Kebangsaan 2024 di seluruh negara berlangsung meriah dengan beberapa lokasi menjadi tumpuan orang ramai.
Pihak berkuasa Greece tahan 13 orang selepas bunga api sebabkan kebakaran hutan
Persembahan bunga api di pantai peranginan popular Pulau Hydra untuk menghiburkan tetamu sebabkan kebakaran hutan pain.
11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan
Polis Kelantan merekodkan 11 kes rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah sejak awal Januari hingga semalam bernilai RM38,600.
PDRM terima 443 permohonan permit jual bunga api, mercun di Perak
Satu permohonan tidak diluluskan kerana pemohon mempunyai rekod jenayah.
Polis Kelantan lulus 159 permohonan permit jual mercun, bunga api
Polis Kelantan meluluskan 159 daripada 267 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena sambutan Aidilfitiri setakat ini.
Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun
Daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
Jualan mercun sempena Tahun Baharu Cina dijangka meningkat
Rata-rata peniaga menjangkakan jualan mercun dan bunga api pada sambutan Tahun Baharu Cina kali ini lebih 'rancak' susulan keputusan kerajaan membenarkan penjualan nyala api itu secara sah.
Berang tak dapat beli bunga api, lelaki baling minyak petrol
Berang tidak dapat membeli bunga api kerana tidak cukup duit, seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan membaling botol minyak petrol di sebuah gerai jualan sehingga mengakibatkan kebakaran.