Sarawak kini terus mengorak langkah daripada kaedah konvensional ke arah digital selaras dengan perkembangan teknologi semasa ketika ini.
Demikian ujar Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menekankan akan kepentingan tranformasi tersebut.
Jelasnya, kepesatan ekonomi ketika ini memerlukan masyarakat negeri ini untuk berpindah daripada kaedah-kaedah kovensional kepada kaedah digital.
“Kita harus bermula di satu titik dan tidak perlu menunggu semuanya sempurna supaya tidak ketinggalan dalam era digital ini,” jelasnya pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1441 Hijrah/2020 di Masjid Al Abyad, Matang Jaya pada Rabu.
Tambahnya, Sarawak bernasib baik kerana sudah mengorak langkah ke arah pendigitalan dengan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) pertama pada 2017 walau berdepan kritikan.
Katanya juga, dalam usaha untuk berhijrah ke arah digital, beliau telah melancarkan Testbed 5G CENTEXs dan SDEC baru-baru ini walaupun teknologi 4G dan 3G belum menyeluruh di negeri ini.
Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa pelbagai maklumat dan jenis pemikiran atau ideologi dari seluruh pelosok dunia perlu dipantau supaya tidak mendatang kemudaratan kepada masyarakat.
“Justeru, kita telah mewujudkan satu rangka perundangan di bawah Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) supaya pelbagai aktiviti berkaitan pendigitalan berada di bawah ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang,” ujarnya lagi.
Pada majlis sama, Abang Johari juga menyampaikan sumbangan dana berjumlah RM915,000 daripada kerajaan negeri kepada Masjid Al-Abyad bagi kerja menaik taraf fasiliti masjid tersebut.
Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib juga isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.
Astro Awani
Thu Aug 20 2020

Tun Abdul Taib Mahmud menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid Al-Abyad, Ustaz Md Ahir Ahmad sambil disaksikan Abang Johari dan tetamu kehormat lain. FOTO: Jabatan Penerangan Sarawak

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Bertahun lama menanti, mesin ATM akhirnya sampai di Gedong
Isu ketiadaan mesin ATM di kawasan itu hangat diperkatakan apabila penduduk terpaksa menempuh perjalanan jauh demi khidmat perbankan ini.

RM18 bilion diperuntuk bagi projek bekalan air seluruh Sarawak
Peruntukkan ini dilaksana di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sebagai langkah proaktif Sarawak dalam menyelesaikan masalah bekalan air.

Menawan! Tikar kelasah komuniti Bidayuh terima Anugerah Kraf Cemerlang
Bertemakan Glow Tree of Life, tikar ini dihasilkan oleh Abot Gudang dengan kerjasama komuniti Bidayuh di Serikin, Sarawak.

"Saya cari tin untuk sara hidup, ada yang kasihan, mereka akan bantu..."
Penyakit dihidapi membuatkan Aunty Ngu tidak kuat mencari rezeki sehingga memaksanya untuk bergantung harap dengan ihsan orang ramai.

Sarawak Memilih: Tindakan keluar parti tamparan buat PSB
Tindakan keluar parti 200 ahli PSB Ngemah, Sibu dilihat sebagai tamparan hebat buat PSB meneliti semula kepimpinan di akar umbi.

Menara Panggau Dayak selia adat budaya masyarakat Dayak
Dua menara akan dibina untuk memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat Dayak di Sarawak

Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS bakal direalisasikan
Stesen Hidrogen Bersepadu, PETROS dilengkapi pam minyak, tempat pengisian gas hidrogen serta kemudahan mengecas kenderaan hybrid, seiring usaha ke arah teknologi hijau.

COVID-19: Sarawak giat laksana saringan dalam kalangan PATI
Tindakan ini susulan daripada kes positif COVID-19 melibatkan dua warga Indonesia seperti yang dilaporkan oleh JPBN pada Khamis.

JPBN Sarawak dalam usaha tingkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini dalam usaha meningkatkan kapasiti ujian saringan COVID-19 dan pasukan pengesanan kontak rapat.

COVID-19: Satu kes import di Sarawak, dua kluster kekal aktif
Satu kes yang dilaporkan pada hari ini dicatatkan di Kota Samarahan. Kes tiba dari Kota Kinabalu, Sabah.