KUALA LUMPUR: Penghantaran pulang anak panda Yi Yi dan Sheng Yi ke China yang dijadualkan pada bulan depan ditangguhkan, kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat oleh Kerajaan China kerana kes COVID-19 di negara itu dilaporkan meningkat dan ketika ini masih belum ada tarikh rasmi untuk penghantaran pulang kedua-dua anak panda berkenaan.
"Tahun ini sudah dua, tiga kali ditangguhkan kerana situasi COVID-19 di China, namun kedua-dua anak panda ini tetap akan dibawa balik...mungkin penghujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung dengan keputusan Kerajaan China," katanya selepas ditemui pemberita pada majlis iftar bersama media dan penaja di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan anak panda Yi Yi dan Sheng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara akan dihantar terus ke Chengdu pada pertengahan Mei ini selepas ia tertangguh beberapa kali.
Yi Yi dan Sheng Yi merupakan anak kepada pasangan Panda Gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan kepada Kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China.
Program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa itu, membolehkan Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan Panda Gergasi, selain membangun dan melatih kepakaran tempatan.
Sehingga kini, pasangan panda berkenaan yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, melahirkan tiga ekor anak panda, iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.
Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 2017.
Rosly@Rahmat berkata ketika ini Yi Yi yang berusia lima tahun dan Sheng Yi yang bakal berusia dua tahun masing-masing mempunyai berat di bawah 50 kilogram.
Mengenai program perjanjian yang bakal berakhir melibatkan Fu Wa dan Feng Yi pada tahun depan, beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Kerajaan China dengan syarat-syarat baharu.
"Dalam kontrak kita 10 tambah 10, jadi sekarang kerajaan kita sedang berunding untuk sambung kontrak itu mungkin tidak sampai 10 tahun lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
![Penghantaran pulang anak panda Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangguhkan Penghantaran pulang anak panda Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681572923_ShengYi.jpg)
Penghantaran pulang anak panda Yi Yi dan Sheng Yi ke China yang dijadualkan pada bulan depan ditangguhkan. - Bernama
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
Majikan tidak beri pelepasan perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
![Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738999944_Mengeluh.jpg)
Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS, tanpa dana AS - PBB
Penggantungan program bantuan luar oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh menyebabkan 6.3 juta kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut sebuah organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menangani penyakit itu.
![Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738997966_KhairiKhairudin.jpg)
Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.
Wanita maut terjatuh dari tingkat atas PPR
Seorang wanita ditemui mati di tempat parkir motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
KDN haramkan tiga buku
KDN mewartakan perintah larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari, tiga tajuk buku iaitu "My Shadow Is Purple, Koleksi Puisi Masturbasi dan All That's Left In The World.
KPM tidak pernah benarkan syarikat swasta, perunding kewangan buat aktiviti di sekolah: Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat swasta atau perunding kewangan untuk menjalankan aktiviti dalam kawasan sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Keputusan tidak teruskan garis panduan hadiri rumah ibadat bukan Islam tepat - GRS
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai dalam kenyataan pada Jumaat
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
![Kaunter Program Repatriasi Migran dilanjut operasi pada 21 dan 28 Disember ini - KP JIM Kaunter Program Repatriasi Migran dilanjut operasi pada 21 dan 28 Disember ini - KP JIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734340975_TBIMIGRESEN.jpg)
Kaunter Program Repatriasi Migran dilanjut operasi pada 21 dan 28 Disember ini - KP JIM
Langkah itu bagi membolehkan lebih ramai pendatang tanpa izin mendaftarkan diri dalam program berkenaan dan dihantar pulang.
![Tiada penghantaran pulang besar-besaran dari Lubnan, Filipina pertimbang tahap amaran 4 Tiada penghantaran pulang besar-besaran dari Lubnan, Filipina pertimbang tahap amaran 4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727490313_Lebanon.jpg)
Tiada penghantaran pulang besar-besaran dari Lubnan, Filipina pertimbang tahap amaran 4
Masih tiada penghantaran pulang besar-besaran rakyat Filipina dari Lubnan, tetapi negara itu bersedia melaksanakannya jika diperlukan.
![Imigresen Sabah hantar pulang 153 pendatang Indonesia Imigresen Sabah hantar pulang 153 pendatang Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717839173_PATIsabah.jpg)
Imigresen Sabah hantar pulang 153 pendatang Indonesia
Proses pemindahan itu melibatkan tahanan berumur antara 6 hingga 66 tahun membabitkan 123 lelaki, 25 wanita serta seorang kanak-kanak.
![Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715665373_mayat.jpg)
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
![Lebih 200 rakyat Thailand terkandas di Myanmar Lebih 200 rakyat Thailand terkandas di Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699569035_MyanmarConflict.jpg)
Lebih 200 rakyat Thailand terkandas di Myanmar
Kedutaan Thailand di Yangon telah membuat persiapan untuk memastikan mereka dapat kembali dengan selamat.
![Penghantaran pulang anak panda Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangguhkan Penghantaran pulang anak panda Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51681572923_ShengYi.jpg)
Penghantaran pulang anak panda Yi Yi, Sheng Yi ke China ditangguhkan
Keputusan tersebut dibuat oleh Kerajaan China kerana kes COVID-19 di negara itu dilaporkan meningkat.
![Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/51529403562_orangutan.jpg)
Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia
Tujuh daripadanya dirampas dalam tiga kes pada 2018 dan 2019 oleh Perhilitan, polis Marin dan Kastam manakala dua ekor lagi diserahkan kepada Perhilitan pada 2018.
![PKP: 37 pelajar dari UUM pulang ke Zon Tengah PKP: 37 pelajar dari UUM pulang ke Zon Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51588116066_PelajarUUMpulangk.jpg)
PKP: 37 pelajar dari UUM pulang ke Zon Tengah
Kesemua pelajar terbabit merupakan kumpulan pertama dari UUM yang dihantar pulang menerusi penghantaran kedua selepas penghantaran pelajar dari Zon Tengah ke Zon Utara telah dilaksanakan pada Isnin.
![Penghantaran pulang pelancong China yang terkandas di Sabah dibincangkan dalam mesyuarat khas Penghantaran pulang pelancong China yang terkandas di Sabah dibincangkan dalam mesyuarat khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81563674965_CHRISTINAROYALTI.jpg)
Penghantaran pulang pelancong China yang terkandas di Sabah dibincangkan dalam mesyuarat khas
Perbincangan tertumpu kepada dua isu, iaitu lanjutan visa bagi yang tamat tempoh, serta rancangan perjalanan untuk membawa mereka pulang ke China selain melibatkan bandar raya Wuhan.
![Pasukan petugas mula operasi bilik sekretariat di Wuhan Pasukan petugas mula operasi bilik sekretariat di Wuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61580484489_NushirwanZainalAbi.jpg)
Pasukan petugas mula operasi bilik sekretariat di Wuhan
Tugasan pasukan itu pada Ahad ialah terus mengemas kini maklumat-maklumat logistik dan juga memurnikan tindakan bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan.