PUTRAJAYA:Sembilan ekor orang utan Sumatera (Pongo abelii) daripada hasil rampasan aktiviti penguatkuasaan perdagangan haram hidupan liar di Semenanjung Malaysia, direpatriasi ke Jakarta, Indonesia semalam.
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata proses repatriasi itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan (KLHK) Indonesia.
"Penghantaran pulang orang utan Sumatera itu adalah obligasi negara di bawah peruntukan Artikel VIII, Teks Konvensyen Tentang Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata tujuh daripada orang utan Sumatera itu dirampas dalam tiga kes pada 2018 dan 2019 oleh Perhilitan, polis Marin dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, yang diseludup masuk melalui jalan laut, manakala dua ekor lagi diserahkan kepada Perhilitan melalui aduan orang awam pada 2018.
Kesemua orang utan Sumatera itu ditempatkan di bawah jagaan Perhilitan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak, katanya.
"Hasil ujian deoksiribonukleik (DNA) oleh Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan Jabatan Perhilitan mengesahkan orang utan itu adalah daripada spesies Pongo abelii dan sehubungan itu, kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk menerima repatriasi orang utan itu ke Indonesia," katanya.
"Inisiatif kerajaan Malaysia dalam memelihara kesemua orang utan ini dan mengembalikannya kepada negara asal membuktikan komitmen tinggi pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan hidupan liar yang diseludup," tambahnya.
Shamsul Anuar berkata orang utan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan turut disenaraikan di bawah Apendiks I dalam Akta 686 yang mana spesies itu tidak boleh diperdagangkan, sama ada diimport atau dieksport bagi tujuan komersial.
Mengenai kes perdagangan haram orang utan, beliau berkata ia melibatkan dua warga tempatan dan enam warganegara Indonesia dan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dengan satu kes telah selesai proses penghakiman.
"Kerjasama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia dalam isu membanteras perdagangan haram dan kebajikan hidupan liar akan terus dipertingkatkan untuk memastikan kelestarian fauna khususnya spesies endemik seperti orang utan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020
![Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/51529403562_orangutan.jpg)
Orang utan adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan tidak boleh diperdagangkan. - Gambar fail
JKR Sabah nilai kerosakan jalan di kawasan terjejas banjir
Jabatan Kerja Raya Sabah sedang memantau dan menilai kerosakan jalan yang terkesan akibat banjir di negeri itu dengan tumpuan akan diberikan di kawasan yang ditenggelami air.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sabah meningkat
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.
![Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah' Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739012709_MADAD.jpg)
Mierul Aiman dan Meerqeen tarik ramai pengunjung serbu 'Assalamualaikum RaRa Kedah'
Program Assalamualaikum RaRa 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani pada Sabtu menarik ramai pengunjung untuk hadir ke program agama itu.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dalam kemaskininya memaklumkan
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
jumlah mangsa turun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi.
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603333382_hairulazreen.jpg)
TMSM: Tiada lagi 'kokok' ayam jantan, akhirnya juri bongkar identiti Hairul Azreen
Hairul terpaksa akur disingkirkan apabila mendapat markah 72 peratus daripada juri selepas menyanyikan lagu "Dewa Dewi" nyanyian asal kumpulan Spider.
![Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598827547_google.jpg)
Google sambut Hari Kebangsaan ke-63 dengan doodle Orang Utan
Google turut berkongsi trivia khas fakta menarik tentang spesies itu, antaranya ialah orang utan sangat gemar akan durian ia juga berkongsi hampir 97 peratus gen dengan homo sapien.
![COVID-19: SFC ambil langkah proaktif lindungi Orang Utan COVID-19: SFC ambil langkah proaktif lindungi Orang Utan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41586500532_Orangutan.jpg)
COVID-19: SFC ambil langkah proaktif lindungi Orang Utan
SFC mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempraktikkan amalan-amalan yang digariskan KKM dalam membendung penularan COVID-19 daripada menjangkiti Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching.
![Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020 Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41581847176_Semenggoh.jpg)
Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020
Anugerah yang akan diterima Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Berlin, Jerman Mac ini membuktikan dunia mengiktiraf usaha Sarawak melihara dan memulihara alam sekitarnya.
![Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528432339_Orangutan.jpg)
Orang Utan lawan jentolak pertahan tempat tinggal
Sebuah video mengenai seekor Orang Utan yang bangkit melawan sebuah jentolak di Kalimantan Barat yang mula tular di media sosial sejak semalam ternyata mengejutkan.
![Pelik di media sosial: Apabila netizen percaya manusia 'menghamilkan' orang utan Pelik di media sosial: Apabila netizen percaya manusia 'menghamilkan' orang utan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437753738_OrangUtan.jpg)
Pelik di media sosial: Apabila netizen percaya manusia 'menghamilkan' orang utan
Namun apa yang menjadi perhatian adalah bagaimana ramai yang memilih untuk mempercayai cerita yang disebarkan itu.
![Pekerja estet dipenjara 12 bulan cederakan orang utan Pekerja estet dipenjara 12 bulan cederakan orang utan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437753738_OrangUtan.jpg)
Pekerja estet dipenjara 12 bulan cederakan orang utan
Seorang pekerja estet warga Indonesia dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan kerana mencederakan seekor orang utan jantan.
![NGO dakwa ladang sawit ancam habitat Orang Utan NGO dakwa ladang sawit ancam habitat Orang Utan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71359279533_295x200.jpg)
NGO dakwa ladang sawit ancam habitat Orang Utan
Beberapa NGO hari ini menyuarakan kebimbangan mereka tentang rancangan membersihkan tanah hutan berhampiran Hutan Simpan Hidupan Liar.