KUALA LUMPUR: Penghantaran pekerja tidak mahir untuk bekerja di Jepun dijangka mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata ia akan mewujudkan pekerja berkemahiran di Malaysia selepas mereka selesai menjalani latihan selama lima tahun di negara itu.
"Ia akan menambah nilai kepada negara kita dan individu tersebut dan bakal menarik syarikat besar dari Jepun untuk beroperasi di Malaysia," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan Kempen Mencarum Perkeso Untuk Sukarelawan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, 50,496 sukarelawan daripada tujuh agensi kerajaan mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Khidmat.
Beliau berkata jumlah itu dicatatkan setakat 1 Jun lalu, selepas skim itu mula dibuka pada 1 Januari tahun ini.
"Bagi inisiatif ini, kerajaan menyasarkan lebih 100,000 anggota sukarelawan agensi berkenaan mendapat manfaat sehingga permohonan ditutup pada akhir tahun ini.
"Justeru, menerusi Kempen Mencarum Perkeso Sukarelawan ini, usaha untuk memperluaskan lagi perlindungan Perkeso kepada sukarelawan daripada pelbagai agensi akan dapat dilaksanakan," katanya.
Menerusi Bajet 2022, beliau memberitahu, tujuh agensi disenaraikan di bawah SPS Khidmat iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mengulas lanjut, Saravanan memaklumkan inisiatif SPS Khidmat menyasarkan caruman dalam kalangan empat kumpulan orang bekerja sendiri (OBS), iaitu sukarelawan agensi kerajaan, pekhidmat rumah ibadat Islam, penyelia dan petugas pemulihan komuniti dan penjawat awam berstatus kontrak untuk perkhidmatan.
"Caruman ini penting untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada mereka, memandangkan tugas sukarelawan sekarang turut berdepan risiko dan cabaran.
"Lebih penting, caruman mereka untuk tahun ini disumbangkan sepenuhnya daripada kerajaan. Untuk tahun depan, Kementerian Sumber Manusia akan mohon daripada kerajaan, dan kita lihat kedudukan ekonomi negara," katanya.
Dalam pada itu, Saravanan memaklumkan sejumlah 130,000 daripada sekitar 400,000 pekerja dalam ekonomi gig sudah mencarum dengan Perkeso setakat ini, manakala jumlah pampasan berkaitan COVID-19 yang sudah dibayar mencecah lebih RM174 juta.
Astro Awani
Fri Jun 03 2022
Saravanan berkata 50,496 sukarelawan daripada tujuh agensi kerajaan mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Khidmat. - Gambar fail
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
Penghantaran pekerja tidak mahir ke Jepun beri nilai tambah kepada negara - Saravanan
Penghantaran pekerja tidak mahir untuk bekerja di Jepun dijangka mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi negara.
Pemandu Grab disaran carum Perkeso, jangan lihat sebagai satu bebanan
Pemandu Grab disaran mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memastikan mereka mendapat perlindungan keselamatan sosial.