KUALA LUMPUR: Aktiviti pengimportan, pengiklanan, penjualan, pengilangan termasuk compounding Ivermectin sebagai rawatan COVID-19, adalah hanya untuk tujuan percubaan klinikal sahaja.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Amrahi Buang berkata, satu surat edaran telah mereka diterima daripada Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), bagi memaklumkan perkara itu.
"Kami menerima surat edaran itu yang bertarikh 4 Ogos dan mengikut edaran ini, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak ada halangan untuk penggunaan produk tidak berdaftar Ivermectin, tetapi hanya bagi tujuan klinikal sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Amrahi yang turut berkongsi surat itu berkata, lanjutan itu adalah menjadi tanggungjawab semua ahli farmasi berlesen, untuk memastikan semua arahan dipatuhi.
Ini katanya, bagi mencegah penggunaan tidak sah produk Ivermectin, dalam memastikan rakyat negara ini mendapat hanya produk yang berkualiti, selamat dan berkesan, dalam suasana wabak penularan COVID-19.
Beliau berkata, surat itu turut menyatakan bahawa sebarang bentuk pengiklanan produk racun termasuk Ivermectin, tidak dibenarkan sama sekali kerana bertentangan dengan dasar Lembaga Iklan Ubat (LIU).
Oleh itu katanya, pihak farmasi perlu memastikan aktiviti pengimportan, pengilangan termasuk compounding dan penjualan bahan mentah Ivermectin atau produk yang mengandungi Ivermectin bagi tujuan rawatan jangkitan COVID-19 selain di bawah percubaan klinikal, perlu dihentikan dengan serta-merta.
"Pengiklanan berkaitan bahan atau produk itu juga perlu dihentikan segera dan tidak diulang siar dalam mana-mana media", seperti yang dinyatakan dalam surat berkenaan.
Sementara itu Amrahi berharap, ahli-ahli farmasi berlesen menunggu hasil ujian klinikal KKM terhadap pesakit COVID-19 di 12 hospital KKM, berhubung keberkesanan produk Ivermectin.
"Hasil kajian ini akan berakhir pada hujung Ogos dan kemungkinan akan dapat keputusan awal September, sama-samalah kita tunggu," katanya.
Beliau juga merayu, agar masyarakat tidak menggesa pihak farmasi menjual atau mendapatkan ubat itu untuk mereka bagi tujuan rawatan COVID-19, dan ahli farmasi yang mengingkarinya boleh dikenakan tindakan tegas.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021

KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin. -Reuters

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Ivermectin tidak berkesan cegah gejala teruk COVID-19 - Kajian penyelidik Malaysia
Kumpulan penyelidik Malaysia dipetik sebagai berkata, penemuan mereka itu sekali gus tidak menyokong penggunaan Ivermectin untuk pesakit COVID-19.

KKM cadang laksana kajian klinikal guna Ivermectin ke atas kontak rapat COVID-19
Institut Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (ICR) masih menunggu kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk melaksanakan kajian klinikal ini.

Tidak kurangkan risiko COVID-19, KKM tidak syorkan Ivermectin - Dr Noor Hisham
Keputusan itu dikeluarkan susulan hasil dapatan kajian Ivermectin (I-Tech) ke atas 500 pesakit COVID-19 melibatkan kategori 2 atau 3.

Keputusan kajian Ivermectin akan dibentangkan minggu hadapan
Khairy berkata kajian tempatan berkaitan ubat tersebut sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi.

Penjualan Ivermectin: Polis sedia bantu KKM - Mazlan
Polis sedia membantu jika pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat aduan berhubung penjualan secara haram ubat Ivermectin sebagai penawar COVID-19.

Penggunaan Ivermectin hanya untuk tujuan ujian klinikal - MPS
KKM akan menjalankan ujian klinikal terhadap 500 pesakit, untuk menilai keberkesanan penggunaan Ivermectin.

Jual ubat Ivermectin: 'KKM, MCMC jangan lepas tangan' - Persatuan Farmasi Malaysia
Tindakan berani pihak yang cuba mengambil kesempatan itu adalah salah di bawah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Penjual ubat Ivermectin berdepan tindakan
Amrahi menggesa agar kerajaan mengambil tindakan terhadap penjualan ubat ini sama ada secara dalam talian atau dibawa masuk dari luar negara.

Mesyuarat Khas Parlimen: Ahli Parlimen PH dikritik desak guna Ivermectin rawat COVID-19
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang dikiritik pengamal perubatan dan netizen kerana mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19.

Penggunaan Ivermectin: Tunggu keputusan ujian klinikal KKM - Pakar kesihatan
sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan evidence-based medicine, dan KKM dijangka mengeluarkan keputusan berhubung ujian klinikal Ivermectin pada September ini.