Pengguna di beberapa kawasan di Subang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan penurunan paras air di Kolam Air Lapangan Terbang Subang yang berlaku sejak semalam dan berlarutan sehingga hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata kawasan terjejas termasuk SS 12 hingga SS 19 melibatkan kira-kira 15,000 akaun pengguna.

"Penurunan paras kolam ini disebabkan permintaan bekalan air yang meningkat mendadak berikutan keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan bekalan air ke kawasan terlibat, Syabas menyusun semula sistem agihan bekalan air, termasuk mendapatkan bekalan untuk disalur ke kawasan berkenaan.

Ia turut menyediakan sejumlah lori tangki sebagai bantuan air kecemasan ke kewasan terjejas.