Aplikasi WhatsApp alternatif kepada pengguna untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) khususnya membabitkan kenaikan harga barangan.
Medium tersebut merupakan tambah baik lapan saluran sedia ada antaranya menerusi e-mel, talian bebas tol dan laman sosial Facebook.
Jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pengguna boleh menyalurkan aduan dengan memberikan maklumat lengkap melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-279 4317 sebelum tindakan susulan oleh penguat kuasa KPDNHEP diambil dalam tempoh 24 jam.
Katanya, sejak kaedah itu dilancarkan pada 1 September lalu, sebanyak 642 laporan direkodkan dalam tempoh tiga hari dengan aduan paling banyak membabitkan kenaikan harga barangan di restoran dan kad tambah nilai prabayar.
Menurut Saifuddin, sejak pelaksanaan SST 1 September lalu, pihaknya mendapati pengurangan harga barangan yang dilaksanakan peniaga tidak begitu ketara iaitu sekitar 0.2 hingga 12.9 peratus..
Ini berikutan terdapat faktor lain yang menjadi kekangan terhadap penurunan harga barangan secara mendadak termasuk kos pengangkutan dan pembayaran gaji kepada pekerja.
Sementara itu, mengulas tindakan Datuk Seri Najib Razak membuat aduan di laman sosial Twitter mengenai sebuah kedai pau dikenakan SST, Saifuddin berkata beliau menghargai kesedaran bekas Perdana Menteri itu terhadap realiti kehidupan dihadapi rakyat.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa berlapang dada terhadap setiap teguran yang dilakukan terhadap pelaksanaan SST sebelum penambahbaikan boleh dilakukan seperti yang dibuat sebelum ini.
Astro Awani
Mon Sep 10 2018
![Pengguna boleh guna WhatsApp untuk aduan SST Pengguna boleh guna WhatsApp untuk aduan SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71535793371_SST.jpg)
Sejak kaedah itu dilancarkan pada 1 September lalu, sebanyak 642 laporan direkodkan dalam tempoh tiga hari.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
![Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852 Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735723734_Dobi.jpg)
Larangan merokok di dobi: Pengguna patuh Akta 852
CAP sering menerima aduan mengenai tindakan perokok di kawasan dobi, selain bangunan tempat kerja serta perhentian bas.
![KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712311098_FuziahSalleh.jpg)
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
![Salur aduan lengkap kenaikan harga beras tempatan di pasaran - Armizan Salur aduan lengkap kenaikan harga beras tempatan di pasaran - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692859776_ArmizanMohdAli.jpg)
Salur aduan lengkap kenaikan harga beras tempatan di pasaran - Armizan
Pengguna dinasihatkan agar membuat aduan segera berhubung isu kenaikan harga barang termasuk beras di pasaran bagi memudahkan tindakan.
![Masih tiada aduan rasmi harga tiket Coldplay mahal - KPDN Masih tiada aduan rasmi harga tiket Coldplay mahal - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684742836_SOLDOUT.jpg)
Masih tiada aduan rasmi harga tiket Coldplay mahal - KPDN
Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berkenaan penjualan semula tiket konsert siri jelajah Coldplay dengan harga yang lebih mahal.
![KPDNHEP siasat premis banyak aduan pengguna - Nanta KPDNHEP siasat premis banyak aduan pengguna - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649171321_AlexanderNantaLing.jpg)
KPDNHEP siasat premis banyak aduan pengguna - Nanta
Siasatan akan dijalankan terhadap sesebuah premis atau gerai yang menerima banyak aduan daripada pengguna.
![Amazon 'buat hal', hantar barang kecil dalam bungkusan besar Amazon 'buat hal', hantar barang kecil dalam bungkusan besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616591766_RobinPettitt.jpg)
Amazon 'buat hal', hantar barang kecil dalam bungkusan besar
Dia membeli lima bungkus kecil biji lobak merah, terkejut apabila bungkusan yang tiba jauh lebih besar.
![500 aduan kerosakan Kondominium The Rise diterima 500 aduan kerosakan Kondominium The Rise diterima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570897639_kondotherise.jpg)
500 aduan kerosakan Kondominium The Rise diterima
Daripada 952 penghuni yang telah menerima kunci rumah mereka, 500 daripadanya telah menghantar surat aduan kepada pemaju berhubung kecacatan dan kerosakan di kondominium 1,048 unit itu.
![Air berbau: Air Selangor rekod keseluruhan 1,143 kes Air berbau: Air Selangor rekod keseluruhan 1,143 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452531050_WaterPipe.jpg)
Air berbau: Air Selangor rekod keseluruhan 1,143 kes
Sebanyak 1,129 kes daripada keseluruhan 1,143 kes telah diambil tindakan dan menjalani ujian pensampelan kualiti air.
![Orang ramai adu kasut sekolah naik harga Orang ramai adu kasut sekolah naik harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539405130_TUKARKASUTKHITAM.jpg)
Orang ramai adu kasut sekolah naik harga
Orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
![Pengguna boleh guna WhatsApp untuk aduan SST Pengguna boleh guna WhatsApp untuk aduan SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71535793371_SST.jpg)
Pengguna boleh guna WhatsApp untuk aduan SST
Pengguna boleh menyalurkan aduan dengan memberikan maklumat lengkap melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-279 4317.