KOTA KINABALU: Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menasihatkan pengguna agar membuat aduan segera berhubung isu kenaikan harga beras tempatan yang termasuk dalam harga kawalan di pasaran dan isu-isu berkaitan bagi memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan.
Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu perlu disertakan maklumat lengkap dan terperinci bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat semakan sebelum tindakan lanjut diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab terbabit.
"Kalau setakat tular gambar dan video tetapi tiada maklumat, mungkin dalam tempoh kita (KPDN) kami mencari maklumat, pihak yang melakukan kesalahan akan bertindak menyembunyikan (kesalahan).
"Saya harapkan kita dapat kerjasama daripada masyarakat. Lebih banyak aduan, lebih kita suka kerana inilah fungsi dan tanggungjawab KPDN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah di sini hari ini.
Armizan berkata KPDN telah menerima 142 aduan mengenai kenaikan harga beras di seluruh negara menerusi Op Jamin yang dilancarkan pada Julai lepas.
Di Sabah, Armizan berkata sebanyak 295 pemeriksaan telah dilakukan sejak Julai ke atas premis perniagaan sebagai usaha memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga beras hingga membebankan pengguna.
Beliau berkata kementerian juga telah menubuhkan Unit Risikan Perniagaan berkuat kuasa pada 1 Sept lepas yang antara lain untuk bertindak terhadap aduan yang berkaitan, selain melakukan risikan awal bagi mengekang isu kartel dalam rantaian bekalan.
Mengulas mengenai jelajah mini karnival itu, beliau berkata ia dianjurkan bertujuan menggalakkan rakyat Sabah supaya memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan, selain ia juga adalah inisiatif kerajaan menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).
"Pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha memartabatkan barangan Malaysia ketika isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini," katanya.
Jelajah mini karnival itu berlangsung hingga esok melibatkan pempamer yang menawarkan pelbagai keunikan produk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
![Salur aduan lengkap kenaikan harga beras tempatan di pasaran - Armizan Salur aduan lengkap kenaikan harga beras tempatan di pasaran - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692859776_ArmizanMohdAli.jpg)
Beliau berkata aduan yang dikemukakan itu perlu disertakan maklumat lengkap dan terperinci bagi memudahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat semakan.- Gambar fail/Astro AWANI
![THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491696_THT.jpg)
THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.
![Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739491200_TFC.jpg)
Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
![Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733550618_TBANWARPASAR.jpg)
Harga beras import dari India berjaya diturunkan hasil rundingan bersama - Anwar
Harga beras import dari India berjaya diturunkan sedikit hasil rundingan bersama kerajaan India, semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara berkenaan pada Ogos lepas.
![NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708726170_SyedAbuHussinHafi.jpg)
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.
![Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678780458_AmilZakatFitrahM.jpg)
Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sabah, Pulau Pinang umum kadar zakat fitrah
Tiga negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kadar zakat fitrah masing-masing yang ditentukan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam.
![Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708852189_AnwarIbrahim.jpg)
Isu harga padi, beras akan dimuktamadkan 20 Mac ini - PM
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diberi tempoh sehingga 20 Mac ini untuk memuktamadkan isu harga padi dan beras.
![Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708052921_TBANWARIBRAHIMj.jpg)
Harga kawalan beras akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL - PM Anwar
PM yakin harga beras boleh dikurangkan sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
![Kerajaan akan kaji harga beras putih tempatan - Mohamad Sabu Kerajaan akan kaji harga beras putih tempatan - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696238425_MohamadSabu.jpg)
Kerajaan akan kaji harga beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan mengkaji harga beras putih tempatan (BPT) yang ditetapkan pada RM2.60 sejak tahun 2008.
![Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama - Mat Sabu Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama - Mat Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695708568_matsabu.jpg)
Cadangan pecah monopoli beras perlu perbincangan bersama - Mat Sabu
Sebarang cadangan untuk memecahkan monopoli beras perlu dibincangkan bersama kementerian dan agensi berkaitan sebelum keputusan dibuat.
![KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695460210_ArmizanMohdAli.jpg)
KPDN tambah tenaga kerja pantau bekalan beras
KPDN meningkatkan tenaga kerja untuk tugas pemantauan bagi menambah baik Op Jamin yang menumpukan kepada pemantauan bekalan dan harga beras.
![Jualan Rahmah: Komitmen segera kerajaan atasi krisis beras - Persatuan pengguna Jualan Rahmah: Komitmen segera kerajaan atasi krisis beras - Persatuan pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695210348_TBberas.jpg)
Jualan Rahmah: Komitmen segera kerajaan atasi krisis beras - Persatuan pengguna
Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat.
![KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695024540_FuziahSallehParli.jpg)
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok - Fuziah
Usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.