Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima sebanyak 1,143 kes aduan air berbau, yang dilaporkan pengguna sejak 28 Sept lepas sehingga 10 pagi tadi, dengan 97 kes adalah terbaru diterima, sejak 6 petang semalam sehingga 10 pagi tadi.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,129 kes daripada keseluruhan 1,143 kes telah diambil tindakan dan menjalani ujian pensampelan kualiti air.
"Berdasarkan ujian, bekalan air yang dibekalkan adalah selamat digunakan dan memenuhi piawaian air minum kebangsaan bagi parameter fizikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Baki 14 kes masih lagi dalam proses siasatan," katanya.
Selain membuat ujian pensampelan, Abdul Raof berkata Air Selangor juga telah menjalankan aktiviti pemeriksaan dan pencucian ke atas 36 kolam perkhidmatan yang membekalkan air ke kawasan-kawasan aduan.
Kerja-kerja pencucian di 29 rangkaian sistem perpaipan dari 31 kawasan aduan berdasarkan wilayah juga telah dijalankan sehingga 10 pagi tadi, iaitu di wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.
Dalam pada itu, Air Selangor turut mengedarkan sebanyak 1,764 botol air minuman lima liter kepada pelanggan di kawasan yang terjejas.
Air Selangor memohon maaf berhubung perkara itu dan menasihati pelanggan menghubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 bagi sebarang bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019
Sebanyak 1,129 kes daripada keseluruhan 1,143 kes telah diambil tindakan dan menjalani ujian pensampelan kualiti air. - Gambar hiasan
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
KPDN terima 15,753 aduan pengguna setakat April - Fuziah
Sebanyak 15,753 aduan kepenggunaan diterima di seluruh negara, termasuk 7,711 aduan menerusi platform Aduan Suri KPDN.
Salur aduan lengkap kenaikan harga beras tempatan di pasaran - Armizan
Pengguna dinasihatkan agar membuat aduan segera berhubung isu kenaikan harga barang termasuk beras di pasaran bagi memudahkan tindakan.
Masih tiada aduan rasmi harga tiket Coldplay mahal - KPDN
Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berkenaan penjualan semula tiket konsert siri jelajah Coldplay dengan harga yang lebih mahal.
KPDNHEP siasat premis banyak aduan pengguna - Nanta
Siasatan akan dijalankan terhadap sesebuah premis atau gerai yang menerima banyak aduan daripada pengguna.
Amazon 'buat hal', hantar barang kecil dalam bungkusan besar
Dia membeli lima bungkus kecil biji lobak merah, terkejut apabila bungkusan yang tiba jauh lebih besar.
500 aduan kerosakan Kondominium The Rise diterima
Daripada 952 penghuni yang telah menerima kunci rumah mereka, 500 daripadanya telah menghantar surat aduan kepada pemaju berhubung kecacatan dan kerosakan di kondominium 1,048 unit itu.
Air berbau: Air Selangor rekod keseluruhan 1,143 kes
Sebanyak 1,129 kes daripada keseluruhan 1,143 kes telah diambil tindakan dan menjalani ujian pensampelan kualiti air.
Orang ramai adu kasut sekolah naik harga
Orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
Pengguna boleh guna WhatsApp untuk aduan SST
Pengguna boleh menyalurkan aduan dengan memberikan maklumat lengkap melalui aplikasi WhatsApp di nombor 019-279 4317.
"Anak tak mandi ke sekolah, saya pula ke tempat kerja cuma basuh muka"
Masalah gangguan bekalan air yang dihadapi sejak tahun 2013 meresahkan penduduk PPR Lembah Subang 1.