IPOH: "Setiap kali ada kematian, saya berdepan suasana sayu dan memilukan. Selalunya saya berusaha menenangkan ahli keluarga yang hanya dibenar melihat urusan pengebumian dari jauh," kata seorang penggali kubur yang menguruskan 'rumah terakhir' pesakit COVID-19.
Shuib Aziz, 64, menyifatkan tugasnya itu adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul memandangkan ahli keluarga tidak dapat menguruskan pengebumian jenazah orang kesayangan mereka disebabkan kekangan prosedur operasi standard (SOP) untuk kematian akibat COVID-19.
Shuib yang cacat sebelah mata mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk dipulaukan masyarakat sekeliling kerana dikhuatiri membawa virus tersebut, selain tekanan ahli keluarga yang mahu dia berhenti melakukan tugas berkenaan, juga kerana faktor sama.
"Awal-awal dulu saya amat takut apabila diminta menggali kubur untuk jenazah yang meninggal dunia akibat virus ini sehingga tidak boleh tidur malam, selain asyik teringat kesedihan ahli keluarga mangsa yang tidak dapat melibatkan diri dalam urusan pengebumian," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Ahli keluarga terdekat hanya dibenarkan mendekati pusara sebaik sahaja urusan pengebumian dan penyemburan pembasmi kuman selesai dilaksanakan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) atau vendor yang dilantik.
Shuib yang masih bujang dan sudah lebih 20 tahun menjadi penggali kubur di Tanah Perkuburan Jalan Bendahara di sini, memberitahu walaupun tidak memperoleh pendapatan lumayan, dia melakukan kerja itu dengan ikhlas bersandarkan niat untuk membantu orang ramai.
Anak kedua daripada lapan beradik itu yang telah menggali liang lahad untuk kira-kira 15 jenazah COVID-19 setakat ini bersyukur kerana hingga kini masih terselamat daripada jangkitan virus tersebut.
Jenazah terbabit merupakan pesakit COVID-19 dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, katanya, menambah pihak forensik akan menghubunginya setiap kali ada kematian.
Shuib berkata antara pengalaman paling mencabar dihadapinya ialah menggali kubur sewaktu hujan lebat dengan angin kencang serta air hujan mulai bertakung di dalam liang lahad sedangkan jenazah sudah sedia untuk dikebumikan.
"Saya selalunya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menyiapkan lubang kubur dan kadang-kadang turut dibantu beberapa orang untuk menggali kubur selain dipantau polis apabila melibatkan jenazah kematian akibat COVID-19," katanya yang turut melakukan kerja-kerja rencam di tanah perkuburan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Shuib yang cacat sebelah mata mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk dipulaukan masyarakat sekeliling kerana dikhuatiri membawa virus tersebut. - Gambar/ Bernama
[TERKINI] Hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Sabah.
[TERKINI] Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Rasa seperti Black Thorn, durian MDUR88 dijenama semula kepada MS88 - Mohamad Sabu
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
AWANI Ringkas: Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat rakyat Malaysia disah cedera dalam kemalangan bas di Norway
Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan empat rakyat Malaysia cedera dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Pasresvatnet, Norway Khamis lalu.
Musim perayaan: KPKM jamin bekalan kelapa mencukupi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa di negara ini mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi beberapa kawasan di Sabah sehingga 30 Dis 2024.
Kategori baharu buat Aniq Kasdan mulai 2025
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan mengesahkan akan beraksi dalam kategori baharu, iaitu 60 kilogram (kg) bermula 2025.
Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
"Saya tidak boleh tidur lihat banyak mayat kanak-kanak" - Penggali kubur di Gaza
Menggali kubur besar menjadi satu-satunya penyelesaian bagi penduduk Gaza yang berdepan peningkatan jumlah kematian akibat serangan Israel sejak lebih sebulan yang lepas.
Penggali kubur jelajah 14 negeri naik basikal
Mereka menyasarkan untuk menghabiskan kayuhan dalam tempoh dua bulan dan memilih untuk bermalam di masjid, surau atau memasang khemah.
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Berbakti di dunia demi agama, bangsa dan negara
Dalam banyak-banyak pengurusan jenazah, uruskan jenazah pesakit COVID-19 begitu meruntun jiwa. Apa kisah Abang Chik dan Epit ketika PKP ini?
'Hadiah' terakhir buat jenazah COVID-19 daripada penggali kubur
Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi 'hadiah' terakhir daripada kami buat jenazah pesakit COVID-19.
Kisah penggali kubur: 'Kasihan, jenazah pesakit COVID-19 tidak boleh ditatap, dicium...'
Cerita mereka mungkin tak ramai yang tahu namun apa yang pasti, mereka hampir setiap hari bergelumang dengan virus maut itu.
Penggali kubur cacat penglihatan uruskan 'rumah terakhir' jenazah pesakit COVID-19
"Selalunya saya berusaha menenangkan ahli keluarga yang hanya dibenar melihat urusan pengebumian dari jauh".
Keluh kesah penggali kubur India saat krisis COVID-19
Beban kerja penggali kubur semakin bertambah selepas kematian akibat wabak mendadak sejak kebelakangan ini .
Penggali kubur temui ajal ketika menggali
Seorang penggali kubur di New York, Amerika Syarikat maut apabila tertimbus ketika sedang menggali kubur di Washington Memorial Park pada jam 8.30 pagi Khamis.
COVID-19: Kes kematian di India lepasi angka 100,000
Jumlah korban di negara tersebut merangkumi hampir 10 peratus daripada jumlah kematian global.
Maki polis, penggali kubur dipenjara
Gara-gara menghamburkan kata-kata kesat dan menghalang tugas anggota polis, seorang penggali kubur dipenjara sehari dan didenda RM2,060 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh.