KUALA LUMPUR: Sebarang pengeluaran pra-persaraan tambahan baharu sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini telahpun berada pada tahap yang amat membimbangkan, menurut Kementerian Kewangan.
Katanya langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.
"Setakat 30 Sept 2023, bagi ahli berumur bawah 55 tahun, seramai 6.3 juta ahli atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding 4.7 juta ahli atau 37 peratus yang dicatatkan pada April 2020 iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan COVID-19 diperkenalkan.
"Dengan simpanan kurang daripada RM10,000, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Ia menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan sedang mengkaji tuntutan rakyat yang mengalami kesusahan hidup sekarang yang memohon supaya kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP mereka secara bersasar dan ingin tahu pendirian kerajaan tentang tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar itu.
Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia kini bukan lagi berada dalam fasa pemulihan, malah nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah melepasi paras prapandemik.
"Aktiviti ekonomi semakin rancak apabila banyak perniagaan telah beroperasi sepenuhnya dan sebahagian besar pekerja telah kembali bekerja untuk menjana pendapatan.
"Hal ini dibuktikan apabila jumlah ahli aktif KWSP juga telah mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu 8.5 juta setakat September 2023, dengan peningkatan sebanyak 910,000 ahli atau 12 peratus berbanding 7.6 juta yang dicatatkan pada September 2021," katanya.
Menjawab soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam), katanya pada masa ini, kerajaan belum bercadang untuk mengembalikan semula GST.
"Sebarang perubahan polisi berkaitan cukai akan mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.
"Sehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana." katanya.
Kalam meminta Menteri Kewangan menyatakan sejauh manakah kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengambil kira situasi ekonomi semasa dalam pembaharuan fiskal negara serta implikasinya terhadap rakyat.
Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata antara 2021 dan Jun 2023, Malaysia telah menyumbang sebanyak RM10.93 juta kepada negara-negara yang telah ditimpa musibah.
Jumlah tersebut merangkumi RM1.68 juta bagi tahun 2021, RM3.64 juta bagi tahun 2022 dan RM5.61 juta bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Sebarang pengeluaran pra-persaraan tambahan baharu sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini telahpun berada pada tahap yang amat membimbangkan. - Gambar hiasan/Astro AWANI
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pengeluaran KWSP secara bersasar atau terbuka akan burukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan
Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.

Tiada perubahan terhadap pengeluaran penuh umur 55 dan 60 tahun untuk ahli semasa - KWSP
Perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.

PM kekal pendirian tak benar pengeluaran KWSP, yakin akan dipolitik pada PRN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengeluaran KWSP: Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis - Rafizi
Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

PN gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar untuk golongan memerlukan
PN gesa kerajaan cari satu mekanisme yang sesuai bagi membantu golongan memerlukan meneruskan kelangsungan hidup.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Ismail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar
Walaupun KWSP simpanan untuk hari tua, namun, tiada guna jika rakyat tidak dapat meneruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang.

"Apa salahnya kerajaan pertimbangkan pengeluaran KWSP?" - Muhyiddin
Kerajaan sepatutnya tumpu usaha-kuasa memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat, tegas Muhyiddin.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari jalan lain lebih sesuai - PM Anwar
Yang harus difikirkan ialah bagaimana perihal kewangan pencarum selepas persaraan kelak, tegas Anwar.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan pertimbang masa depan pencarum sebelum beri kebenaran - PM
Terdapat pencarum yang mempunyai simpanan terlalu rendah di KWSP, risiko berhadapan pelbagai kesukaran pada masa depan.