KANGAR: Kerajaan perlu membuat penelitian lanjut dan mempertimbangkan masa depan pencarum sebelum membuat keputusan membenarkan pengeluaran sekali lagi tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, menurut Perdana Menteri, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati majoriti simpanan kumpulan pencarum berkenaan terlalu rendah sekali gus boleh membuatkan golongan ini berhadapan pelbagai kesukaran pada masa depan.
"Kalau semua tengok orang yang simpan KWSP itu, duit (baki simpanan) sedikit sekali… jadi saya (akan) pertimbang keperluan yang mendesak dan (kerana melibatkan) masa depan mereka,
"(Jumlahnya) terlalu kecil, saya check jumlah yang ada dalam kalangan majoriti pencarum KWSP (adalah) sangat kecil, saya bimbang masa depan mereka, (maka) kita cari jalan (terbaik) untuk bantu mereka," kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat awam negeri Perlis di Dewan 2020, di sini, pada Isnin.
Semalam, media melaporkan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM30,000.
Menurut Presidennya, Khairul Anuar Othman, pengeluaran secara one-off antara RM10,000 hingga RM30,000 adalah bertujuan sebagai langkah penyelesaian jangka pendek dan panjang supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.
Tambah beliau, pihaknya menerima banyak aduan daripada pencarum KWSP yang mahu pengeluaran dibenarkan sekali lagi.
Abd Hadi Che Awang
Mon Jan 16 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan penjawat awam negeri Perlis selepas menyampaikan Amanat Perdana Menteri di Kangar, hari ini. - Gambar Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pengeluaran KWSP secara bersasar atau terbuka akan burukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan
Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu juga bukanlah penyelesaian kepada punca beban kewangan rakyat yang semakin meningkat.

Tiada perubahan terhadap pengeluaran penuh umur 55 dan 60 tahun untuk ahli semasa - KWSP
Perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.

PM kekal pendirian tak benar pengeluaran KWSP, yakin akan dipolitik pada PRN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengeluaran KWSP: Kerajaan tidak akan laksana pendekatan populis - Rafizi
Kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

PN gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar untuk golongan memerlukan
PN gesa kerajaan cari satu mekanisme yang sesuai bagi membantu golongan memerlukan meneruskan kelangsungan hidup.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Ismail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar
Walaupun KWSP simpanan untuk hari tua, namun, tiada guna jika rakyat tidak dapat meneruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang.

"Apa salahnya kerajaan pertimbangkan pengeluaran KWSP?" - Muhyiddin
Kerajaan sepatutnya tumpu usaha-kuasa memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat, tegas Muhyiddin.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari jalan lain lebih sesuai - PM Anwar
Yang harus difikirkan ialah bagaimana perihal kewangan pencarum selepas persaraan kelak, tegas Anwar.

Pengeluaran KWSP: Kerajaan pertimbang masa depan pencarum sebelum beri kebenaran - PM
Terdapat pencarum yang mempunyai simpanan terlalu rendah di KWSP, risiko berhadapan pelbagai kesukaran pada masa depan.