KUALA LUMPUR: Penjualan minyak masak botol akan ditetapkan mengikut harga maksimum, tertakluk kepada perincian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kata Tan Sri Annuar Musa.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu berkata, keputusan itu diambil memandangkan pengeluar minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun.
Katanya lagi, alasan penjual bahawa mereka perlu mengekalkan stok pada harga tinggi kerana ia dibeli sebelum harga minyak sawit turun tidak boleh diterima sama sekali.
"Jawatankuasa telah membuat keputusan, di mana kerajaan akan mewartakan harga minyak masak botol mengikut kaedah undang undang sedia ada, dengan penentuan harga maksimum bagi minyak masak dalam botol.
“Dan ini akan dibuat dengan perincian tertentu oleh KPDNHEP, dan menetapkan tarikh bila ia akan diwartakan. Dan setelah diwartakan, minyak masak dalam botol akan mempunyai harga maksimum yang akan ditentukan dari semasa ke semasa, berdasarkan harga pasaran minyak sawit mentah dunia,” katanya lagi.
Annuar berkata demikian kepada sidang media, selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Khas Tangani Inflasi di Bangunan Parlimen, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, jawatankuasa berpendapat kenaikan dan penurunan harga minyak masak tidak bersubsidi tidak boleh dibuat dengan terlalu berasaskan untuk mengekalkan margin keuntungan tinggi.
“Kalau sewaktu harga minyak rendah, dijual dengan harga mahal, sudah tentu ada keuntungan di situ, dan apabila harga minyak sawit (mentah) dunia turun, sepatutnya turun segera.
“Kerana tak berlaku, undang-undang sedia ada bolehkan KPDNHEP mewartakan barangan keperluan tertentu dengan kaedah penentuan harga maksimum,” katanya lagi.
Oleh kerana permintaan kerajaan dua minggu lepas untuk pengeluar menurunkan harga tidak dilayan, Annuar berkata, undang-undang sedia ada membolehkan pewartaan itu dilakukan.
Katanya lagi, jawatankuasa menjangkakan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh seminggu lagi.
Firdaus Azil
Mon Jul 25 2022
Annuar berkata, pengeluar minyak masak berbotol masih liat untuk menurunkan harga, biarpun harga minyak sawit telah turun. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Baiki tebing Sungai Kelantan bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
GV: 'Niat kami bukan untuk memalukan' - Syafinaz Selamat jelaskan tugas juri menilai, beri input
Menurut Syafinaz, komen-komen diberikan itu adalah untuk memperbaiki mutu persembahan setiap bintang yang bertanding selain memberikan input berguna kepada mereka.
Lawatan keluarga penghuni penjara sempena Krismas pada 27 dan 28 Dis
Keluarga penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan pada 27 dan 28 Dis ini sempena Krismas bagi semua institusi penjara.
CEO bakal berundur, Bursa Malaysia akui mulakan pelan penggantian
Dalam maklumannya hari ini, bursa berkata "telah melaksanakan pelan pembangunan bakat dan penggantian yang mempertimbang calon dalaman dan luar sebagai pemimpin berpotensi bagi syarikat."
Bursa Malaysia bakal umum CEO baharu
Bursa Malaysia Bhd mengesahkan kini dalam proses untuk mencari Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift.
RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.
Lelaki maut, tersepit dalam kereta
Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor.
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Harga maksimum minyak masak botol kekal
Harga runcit maksimum minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh 8 Januari hingga 7 Februari depan kekal pada RM6.90 sekilogram.
Harga siling minyak masak botol 5kg RM34.70 di Sabah, Sarawak, Labuan - Nanta
Harga siling minyak sawit botol lima kilogram untuk Sabah, Sarawak dan Labuan ditetapkan pada paras RM34.70 sama seperti di Semenanjung, berkuat kuasa pada 8 Ogos ini.
Harga minyak masak botol di peringkat peruncit mula menyusut - Nanta
Bagaimanapun tambahnya, reflection atau kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan.
Pemansuhan subsidi minyak langkah pastikan lebih banyak bantuan bersasar - Pakar
Ia memberi manfaat kepada golongan rentan dalam memperoleh barangan keperluan bersubsidi yang disediakan kerajaan.
Subsidi minyak masak peket masih kekal, bantu ringankan beban rakyat - PM
Kerajaan tidak menarik balik subsidi minyak masak peket seperti yang didakwa pihak tertentu.
Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.
KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.