Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan cubaan membunuh isterinya, dua tahun lepas.
N. Premananth, 43, didakwa cuba membunuh R. Saraswathy, 39, dengan cara mengelar leher isterinya itu di rumah No 67, Lorong 15/SS2 Bandar Tasek Mutiara Seberang Perai Selatan, dekat sini pada pukul 7.30 pagi, 1 Ogos 2012.
Premananth didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda serta hukuman penjara maksimum 20 tahun jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada mangsa, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Premananth kerana berkemungkinan tertuduh akan mengganggu saksi dan melarikan diri.
"Tertuduh mengenali saksi dan ada kemungkinan dia boleh mengganggu saksi. Selain itu, tertuduh hanya berjaya ditangkap pada 29 Jun tahun ini, malah dia langsung tidak menghubungi polis untuk siasatan. Sepatutnya tertuduh terus menyerah diri. Jadi, saya bantah tertuduh diikat jamin," katanya.
Bagaimanapun, peguam R.S.N Rayer yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan kerana Premananth masih bekerja dan menanggung ibu bapa serta dua anaknya.
"Sekiranya tertuduh diikat jamin, tertuduh juga bersedia mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan mahkamah. Jika terdapat aduan daripada isteri tertuduh, menjadi bidang kuasa mahkamah untuk membatalkan jaminan ini.
"Saya juga memohon mahkamah mempertimbangkan jumlah wang jaminan yang mampu dibayar oleh tertuduh," katanya.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Premananth diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Bernama
Fri Jul 11 2014
AKAN DIBICARAKAN: Premananth dibawa ke Mahkamah Sesyen untuk dituduh mengelar isterinya pada 2012 hari ini di mana dia mengaku tidak bersalah.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Bekas Presiden Bolivia dakwa terselamat daripada cubaan membunuh
Morales memuat naik sebuah video di media sosial yang kelihatan menunjukkan kesan tembakan pada keretanya serta seorang pemandu yang cedera.
Lelaki mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan bunuh Trump
Ryan Routh membuat pengakuan semasa perbicaraan di hadapan hakim majistret Amerika Syarikat, Bruce Reinhart.
Lelaki didakwa atas tuduhan cubaan bunuh Trump
Lelaki yang berdepan tuduhan merancang membunuh bekas presiden AS, Donald Trump didakwa pada Selasa.
Suspek serang dua wanita di surau di Kelana Jaya dituduh Isnin ini - Polis
Seorang lelaki yang menyerang dua wanita di kawasan Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran Sekolah Rendah Agama di Kelana Jaya akan dituduh Isnin.
Lelaki tolak isteri jatuh gaung didakwa ugut, cuba bunuh
Tertuduh, Mohd Azzuan Ahmad, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Polis lepaskan tembakan selepas dirempuh, empat lelaki ditahan di Balakong
Polis melepaskan lima das tembakan ke arah dua kenderaan yang merempuh kenderaan polis serta nyaris mencederakan anggota dalam kejadian di Balakong.
Pengarah Perkhidmatan Rahsia akui gagal lindungi Trump
Kenyataan itu dibuat ketika memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Dewan Perwakilan.
Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok
Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir akan didakwa di mahkamah esok.
Pergolakan di Perancis, Macron pertimbang sekat media sosial
Beliau berkata perlu untuk mempertimbangkan perkara itu memandangkan penggunaan rangkaian media sosial oleh golongan muda yang menyertai protes dan kemungkinan untuk mengenakan sekatan.
Isteri berjaya loloskan diri selepas ditanam dalam kubur
Suaminya itu kemudian berjaya ditangkap pihak berkuasa dan didakwa melakukan percubaan membunuh.