KUALA LUMPUR: Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital susulan rombakan Kabinet pada Selasa lepas adalah bagi memberi fokus khusus terhadap kemajuan sektor ekonomi digital negara.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia berikutan terdapat keperluan bagi menyelaras dasar dalaman untuk memperkasakan sektor itu.
Beliau menjelaskan pengasingan kementerian itu susulan sesi perbincangannya dengan pasukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas beliau mendapati terdapat beberapa aspek yang perlu diselaraskan sepanjang menerajui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berikutan sektor ekonomi digital sebelum ini merentasi empat kementerian.
"Dari segi startup dan venture capital, itu berada dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, bagi skill up dan mewujudkan kilang pula di bawah Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), yang berada dalam KKD waktu itu.
"Dari segi pelaburan ia diusahakan oleh Malaysian Investment Development Authority (MIDA) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala pelaporan melibatkan MyDigital Corp berada dengan Kementerian Ekonomi.
"Jadi apabila berbincang dengan industri, terdapat sedikit kegusaran, apabila ada empat kementerian usahakan isu sama.
"Maka saya sampaikan kepada Perdana Menteri - apa kata kita kumpulkan semua agensi di bawah satu kementerian khusus," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Reuse, Educate, Burture and Empower with Waste (R.E.N.E.W) anjuran Institut Pengajian Profesional Pendidikan Berterusan (iCEPS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dataran Sri Angkasa Jaya di sini hari ini.
Fahmi seterusnya menafikan dakwaan pengasingan kementerian itu bagi menyelamatkan karier politiknya.
"Ada beberapa pihak yang menuduh saya gagal laksana tugas sebagai Menteri Komunikasi dan Digital, dan dipecahkan (kementerian), serta diselamatkan nyawa politik saya. Ini sebenarnya tidak betul.
"Kalau lihat agihan agensi ketika ini, daripada 11 atau 12 agensi bawah Kementerian, yang kekal dengan Kementerian Komunikasi ini adalah lapan agensi termasuk satu agensi luar dimasukkan menjadikannya sembilan agensi, termasuk Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM). Maka, majoriti masih bersama Kementerian Komunikasi," katanya.
Selain itu, beliau menyokong pandangan Menteri Digital Gobind Singh Deo dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR pada Jumaat lepas bahawa terdapat keperluan bagi menyelaraskan dasar bukan hanya melalui Majlis tetapi dalam Kementerian Digital itu sendiri.
Fahmi turut menjangkakan senarai akhir bagi penempatan agensi di bawah kedua-dua kementerian itu akan dimuktamadkan menjelang Januari ini.
Selain itu, beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata langkah mengasingkan kementerian dilihat penting berikutan sektor ekonomi digital negara dijangkakan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah 25.5 peratus menjelang tahun 2025.
Fahmi berkata begitu juga dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang diasingkan kepada dua kementerian iaitu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, juga bagi memberi fokus kepada beberapa perkara tertentu.
"Perdana Menteri tegaskan tiada 'honeymoon period', keep the ground running. Bererti semua menteri perlu bekerja, jadi saya lihat pengasingan ini akan dapat memberi fokus," katanya.
Mengambil contoh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri dan dijadikan agensi utama di bawah Kementerian Digital, beliau berkata perkara itu mampu meningkatkan taraf dan kedudukan MAMPU serta ketua pengarahnya sebagai agensi yang menyelaras semua usaha pendigitalan.
Katanya usaha itu mencerminkan keutamaan dan fokus kerajaan dalam aspek pendigitalan ke arah memperkasakan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia berikutan terdapat keperluan bagi menyelaras dasar dalaman untuk memperkasakan sektor itu. -Gambar fail/Bernama
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Genap dua tahun pimpin kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara - Fahmi
Perdana Menteri akan meneruskan agenda kerja dengan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada 24 Nov ini.
Fahmi mahu rombakan Fasa 2 JENDELA, semak semula proses penetapan lokasi
Beliau berkata proses penetapan lokasi menara telekomunikasi perlu dikaji semula susulan pelbagai isu berkaitan ketidaksiapan menara dan kelewatan penyediaan kesalinghubungan.
Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil
Pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, Whatsapp, serta Instagram.
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Fahmi ucap takziah kepada keluarga S. Atan
Beliau berkata pemergian komposer legenda itu, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun, merupakan kehilangan besar buat industri muzik tanah air.
Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.