AYER KEROH: Dua beradik pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz terkenal di Melaka direman empat hari selepas dipercayai terlibat melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.
Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Selasa depan terhadap dua lelaki berusia 40 dan 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Bahiyah Kamaluddin.
Penahanan itu bagi membolehkan siasatan dilakukan polis mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang juga merupakan warga Singapura tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 9.35 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga.
Seorang suspek kelihatan ceria ketika diiring oleh anggota polis selain sempat memberikan beberapa tanda isyarat seperti 'okey’ dan bagus kepada pemberita.
Semalam Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah dilaporkan berkata, kejadian terkutuk itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada enam mangsa berkenaan antara pukul 6.29 hingga 9.13 malam Khamis lalu di Balai Polis Batang Tiga.
Siasatan awal mendapati semua kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah pusat bimbingan tahfiz di Tanjung Minyak dan juga Alor Gajah serta sebuah kondominium di Klebang, Melaka.
“Dalam kes ini tiga orang pelajar telah dicium, disuruh menghisap kemaluan dan juga disuruh mengurut kemaluan oleh suspek berusia 40 tahun yang merupakan mudir pusat tahfiz berkenaan.
“Manakala tiga lagi pelajar telah didera secara fizikal dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh warden asrama yang juga adik kepada pengasas dan mudir pusat bimbingan itu,” katanya.
Mangsa juga dikatakan sering didera oleh warden asrama tersebut kerana lambat menyiapkan tugasan yang disuruh .
Pengasas pusat tahfiz berkenaan juga dikatakan pernah mempunyai rekod lampau atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal dan liwat pada tahun 2019 lalu manakala adiknya tiada sebarang rekod jenayah.
Shuhada Abdul Kadir
Sat May 13 2023

Seorang suspek kelihatan ceria ketika diiring oleh anggota polis selain sempat memberikan beberapa tanda isyarat seperti 'okey dan bagus kepada pemberita. - Gambar/ Astro AWANI

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pusat tahfiz diseru wujudkan skuad bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan menyeru agar lebih banyak pusat tahfiz di negeri ini mewujudkan Skuad Bomba Tahfiz.

Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.

Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid
Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar.

KKM pandang serius isu lambakan, keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan
Kementerian Kesihatan memandang serius isu lambakan dan status keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan serta pusat tahfiz yang boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan.

Pemuda bunuh 23 penghuni tahfiz Ittifaqiyah kekal dipenjara
Susulan itu, pemuda berusia 23 tahun ini akan dipenjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Proses pemutihan tahfiz bukti isu keselamatan tidak boleh dikompromi
Ibu bapa juga diingatkan tidak merisikokan nyawa anak-anak mereka dengan menyemak terlebih dahulu pusat tahfiz.

Bayi lelaki dalam bekas plastik merah ditinggal atas wakaf luar pusat tahfiz
Seorang bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz di Besut pada pagi Selasa.

Menteri Agama nafi dakwaan sekolah agama di Selangor diarah tutup
Dakwaan lebih 200 buah sekolah agama di Selangor diarah tutup adalah tidak benar dan perkara tersebut dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Warden warga Singapura didakwa pijak perut, tumbuk empat pelajar tahfiz
Seorang warden sebuah pusat tahfiz di Melaka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memijak perut, menampar, menumbuk dan memukul empat pelajarnya.

Pengasas pusat tahfiz, adik direman kes dera, amang seksual terhadap pelajar
Dua beradik pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz terkenal di Melaka direman empat hari selepas dipercayai terlibat melakukan penderaan dan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki.