KUALA LUMPUR: Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Datuk Munirah Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi tadi di rumahnya di Bangsar, di sini
Berita pemergiannya dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AEON Consortium, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz menerusi Facebook rasmi projek sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen.
Allahyarham cukup dikenali aktif berkecimpung sebagai pekerja sosial sejak berusia 17 tahun dalam menyelami masalah hidup golongan gelandangan.
Sepanjang lebih 50 tahun dalam kerja-kerja amal, Allahyarham banyak menyumbang kepada masyarakat, terutama untuk kebaikan wanita dan kanak-kanak dalam pendidikan.
Menerusi Pertiwi Soup Kitchen, Allahyarham menelusuri lorong-lorong kecil sekitar ibu kota bagi menghulurkan sesuap nasi kepada penghuni di kota metropolitan yang kelaparan.
Pertiwi Soup Kitchen yang diasaskan pada 2010 menjadi landasan kepada Allahyarham untuk mendekati golongan sasaran dengan mengedar makanan kepada yang kurang bernasib baik.
Maklumat berkenaan pengebumian akan diumumkan dalam masa terdekat.
Azyyati Ahmad
Mon Sep 04 2023

Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Datuk Munirah Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 70 tahun di kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur, awal pagi ini.

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.
AWANI 7:45 [14/3/2025] – Golongan belia bankrap | TVET dapat penuhi pasaran | Rakam keterangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
AWANI Tonight: Ismail Sabri returns to MACC HQ for full day of questioning
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob returned to the MACC headquarters today, to continue his questioning over a corruption case linked to the former prime minister.

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga pengasas Pertiwi Soup Kitchen
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pengasas Pertiwi Soup Kitchen Datuk Munirah Abdul Hamid, yang meninggal

Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid meninggal dunia
Allahyarham yang berusia 70 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi tadi di rumahnya di Bangsar, Kuala Lumpur, awal pagi ini.

PKP: Input NGO penting, bantu JKM selaraskan bantuan
Ia membolehkan JKM menerima maklum balas dan perincian terutama keluarga miskin bandar yang sebelum ini sering menerima bantuan barangan mengikut keperluan masing-masing.