Perkara itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim menerusi akaun Instagramnya pagi ini.
Dalam satu video, Iqbar dalam tangisannya meminta agar semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.
Iqbar turut memuat naik gambar yang menyatakan bahawa dia mewakili arwah "Mami" dan meminta ampun atas apa-apa kesilapan.
Katanya, tragedi ini merupakan satu ujian berat buatnya, namun perlu kekal tabah untuk ketujuh-tujuh adiknya.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur.

