"Mama ke Pattani Thailand untuk sampaikan zakat di pusat pengajian pondok di sana," kata anak pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Patani, Thailand, hari ini.
Anaknya, Ainul Atiya Ahmad Shah Rizal, 18, berkata, dia sekeluarga sempat bersahur bersama ibu dan ayahnya sebelum mereka bertolak ke pondok di Pattani yang menjadi rutin bulanan menyampaikan wang zakat di sana namun pemergian kali ini bertukar tragedi.
"Pelik hari ini papa nak pandu sendiri kereta ke Thailand, biasanya pemandu peribadi yang bawa kalau ada urusan kerja luar.
"Mereka turun seawal jam 7 pagi, biasanya kalau nak ke mana-mana antara jam 9 pagi hingga 10 pagi baru turun dari rumah.
"Mama dengan papa nampak penat sangat, baru semalam mereka pulang dari Jakarta dan hari ini ke Thailand pula memandu sendiri kereta," katanya ditemui di rumahnya Kampung Paloh, di sini hari ini.
Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad, 40, maut di lokasi kejadian dalam kemalangan membabitkan Toyota Estima dengan sebuah lori kira-kira jam 10.30 pagi.
Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera di mata dan dilaporkan stabil.
Jenazah dijangka tiba jam 4 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedemit di sini.
Sinar Harian
Sat May 18 2019
Ainul Atiya bersedih di atas kehilangan ibunya, Faziani Rohban Ahmad, 40, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand. -Foto Sinar Harian
TH Properties, Affin Bank tawar penyelesaian pembiayaan pembeli rumah golongan muda
TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.
Selain itu, Program Pembiayaan Rumah Affinita menawarkan kepada golongan wanita dengan pembiayaan melebihi RM500,000 melalui Perbankan Perdana Affin Invikta dan faedah eksklusif daripada hampir 100 peniaga.
Selain itu, Program Pembiayaan Rumah Affinita menawarkan kepada golongan wanita dengan pembiayaan melebihi RM500,000 melalui Perbankan Perdana Affin Invikta dan faedah eksklusif daripada hampir 100 peniaga.
Perbelanjaan isi rumah Malaysia diyakini melonjak kepada 5.2% pada 2025
Malaysia diyakini akan menyaksikan pertumbuhan berterusan dalam perbelanjaan pengguna sepanjang 2025, dengan perbelanjaan isi rumah sebenar diramal meningkat sebanyak 5.2% dari tahun ke tahun, didorong persekitaran makroekonomi yang menggalakkan, menurut BMI, anak syarikat Fitch Solutions.
P2 biotech sokong TPM untuk revolusi teknologi industri getah
Syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, P2 Biotech menyambut baik seruan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menekankan keperluan revolusi teknologi dalam industri getah semasa Konvensyen Pegawai RISDA 2025.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin dalam satu kenyataan, seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda ke dalam industri strategik ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin dalam satu kenyataan, seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda ke dalam industri strategik ini.
Rumah musnah dalam kebakaran, sambutan Tahun Baharu Cina hambar
Mangsa kebakaran di Kenyalang Park 13 Januari lalu sedih kerana tidak dapat menyambut Tahun Baharu Cina di kediaman mereka yang musnah dalam kejadian itu.
Sabah iktiraf peranan mahasiswa dalam pembangunan negeri
Kerajaan Sabah mengiktiraf fungsi, pandangan dan cadangan daripada golongan mahasiswa untuk memperkasa hala tuju pembangunan Sabah selaras dengan Visi Sabah Maju Jaya, yang memperakui peranan mahasiswa sebagai modal insan penting untuk pembangunan negeri.
Bijak guna platform media sosial, Elak ganggu keharmonian
Semua pihak terutama pemimpin polis diseru bijak menggunakan media sosial bagi mengelak tindakan negatif yang boleh menyebabkan salah faham dan mengganggu keharmonian di Sabah.
Sogip Port bakal jadi pusat utama pertumbuhan ekonomi Sabah
Pengerusi Sogip Port Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail, menyatakan pelabuhan ini bakal beroperasi di bawah seliaan Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan jumlah perdagangan di negeri itu
Tumpu Pan Borneo, JKR Sabah tidak abai jalan daerah dan luar bandar
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedang memberi tumpuan terhadap proejk pembinaan lebuh raya Pan Borneo, namun keadaan jalan persekutuan, negeri, daerah dan jalan luar bandar tidak di abaikan dan sentiasa dipantau.
Ekonomi AS kekal kukuh di sebalik jangkaan kenaikan tarif import
Ekonomi AS terus menunjukkan ketahanan di sebalik pengumuman Trump mengenai potensi kenaikan tarif import. Pakar ekonomi membincangkan impak terhadap inflasi, pertumbuhan GDP, dan unjuran pasaran kewangan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 100 orang
PPS Dewan Rumah Dayak di Saratok yang dibuka pada 19 Jan lepas menjadi tempat berlindung kepada 90 mangsa daripada 21 keluarga manakala PPS Rumah Steven di Tatau yang mula beroperasi semalam menempatkan 10 mangsa daripada 10 keluarga
'Mama dalam perjalanan untuk sampaikan sumbangan zakat' - Anak Faziani Rohban
Mereka sekeluarga sempat bersahur sebelum arwah bertolak ke pondok di Pattani yang menjadi rutin bulanan menyampaikan wang zakat.