KUALA LUMPUR: Orang muda, namun tiba di hospital dengan jangkitan COVID-19 yang teruk, berstatus komorbid serta tidak divaksinasi - fenomena yang kini menjadi kelaziman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dengan angka mereka mengatasi jumlah pesakit warga emas komorbid tetapi lengkap vaksinasi COVID-19.
Menyifatkan situasi itu ada kaitan dengan isu "keberatan menerima vaksin COVID-19", doktor yang bertugas akan meningkatkan kewaspadaan terhadap pesakit muda terbabit kerana mereka dikategorikan sebagai amat berisiko.
Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HTAR Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor memberitahu Bernama bahawa kira-kira dua pertiga daripada pesakit yang diterima hospital itu adalah berusia bawah 60 tahun.
"(dan) ... hampir kesemuanya tidak divaksinasi. Masih ada kelompok yang sedemikian," katanya tatkala laporan menyebut lebih 55 peratus populasi Malaysia telah lengkap vaksinasi, dan di Lembah Klang sahaja lebih 80 peratus penduduk sudah melengkapkan vaksinasi mereka.
Dr Ahmad Tajuddin yang juga Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR, berkata trend itu mula dikesan pada permulaan gelombang keempat, penghujung Jun lepas.
Katanya ketika itu mereka tidak mengaitkan isu "keberatan untuk divaksinasi" sebagai penyumbang utama status vaksinasi pesakit berikutan pemvaksinan masih belum dilaksanakan secara meluas.
Bagaimanapun, mengambil kira program pemvaksinan tanpa janji temu sudah dilaksanakan sejak hampir dua bulan lepas, beliau kini berpendapat faktor "keberatan untuk divaksinasi" merupakan penyebab utama situasi itu.
"Baik yang pertengahan usia mahupun yang lebih muda, sesetengahnya hanya menerima satu dos manakala yang lain pula langsung tidak menerima sebarang dos vaksin," katanya.
Golongan antivaksin yang turut digelar antivaxxer, kini menjadi kelompok yang mendominasi katil hospital dan juga penyumbang angka kematian akibat COVID-19 di negara-negara yang telah memulakan pemvaksinan lebih awal seperti Amerika Syarikat dan Israel.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat baru-baru ini melaporkan penduduk negara itu yang tidak divaksinasi didapati 10 kali ganda berkemungkinan dimasukkan ke hospital dan 11 kali ganda berkemungkinan maut berbanding mereka yang divaksinasi. Sementara di Malaysia pula, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kumpulan yang tidak divaksinasi merangkumi hampir 80 peratus daripada pesakit yang dirawat di hospital sekarang.
Mengulas lanjut, Dr Ahmad Tajuddin berkata status vaksinasi pesakit mempunyai impak yang besar terhadap tahap pemulihan mereka.
"Kami dapati ada perbezaan umpama langit dengan bumi. Jika seseorang pesakit itu telah divaksinasi, keadaannya tidak mungkin merosot teruk.
"Namun, jika dia (tidak divaksinasi) dan tiba dalam keadaan tidak begitu teruk, keadaannya boleh berubah dan merosot dengan cepat. Andai kata seorang pesakit tiba dalam keadaan kategori 4, iaitu perlukan bantuan oksigen serta tidak divaksinasi, maka kami perlu tingkatkan kewaspadaan kerana dia adalah 'red flag' bagi kami," katanya.
Menurutnya, kesemua pesakit COVID-19 yang diterima HTAR mempunyai lebih daripada satu penyakit atau kelompok komorbid.
Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi mengesahkan trend itu dan menganggarkan 70 peratus daripada kemasukan ke wad adalah golongan yang tidak divaksinasi yang turut menyumbang 80 peratus kepada angka kematian.
Katanya kebanyakan pesakit muda yang keadaannya merosot dengan teruk, turut didiagnosis dengan diabetes yang tidak dikesan lebih awal.
"Yang muda ada komorbiditi, obesiti, ada kencing manis, tak pernah menjalani pemeriksaan perubatan. Masa dia masuk ke hospital baru kita tahu dia ada kencing manis," jelasnya.
Sementara itu, Dr Ahmad Tajuddin percaya sesetengah individu tidak mahu divaksinasi kerana menyangka faktor usia muda sudah memadai untuk melindungi mereka daripada dijangkiti virus maut tersebut.
"Asalnya (COVID-19) bermula sebagai penyakit yang hanya menjangkiti orang tua atau mereka yang berpenyakit. Saya fikir ini yang membuatkan golongan muda berasa mereka selamat," katanya.
Beliau berkata golongan muda juga mungkin lebih berani untuk bersosial dan tidak begitu mematuhi garis panduan mencegah COVID-19.
Menurut KKM, kira-kira enam peratus penduduk di negara ini atau 1.46 juta orang tidak berdaftar untuk divaksinasi. Pada masa ini, semua individu dewasa yang berdaftar telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan tidak ada yang masih menunggu untuk suntikan pertama mereka. Sesetengah daripada yang tidak berdaftar itu mungkin antivaksin tegar manakala yang lain pula mungkin disebabkan kekangan akses, baik dari segi teknikal mahupun faktor geografi.
KKM, dengan bantuan badan bukan kerajaan termasuk MERCY Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia serta IMARET, berusaha memastikan mereka yang menghadapi kekangan tersebut, sama ada kerana tinggal jauh di pedalaman atau pekerja asing, mendapat akses kepada vaksin COVID-19.
"Pendaftaran bukan prasyarat untuk vaksinasi. Vaksinasi tanpa janji temu dilaksanakan hampir di semua tempat di negara ini. Selain itu, terdapat usaha outreach (menggunakan segala kemudahan yang ada - helikopter, bot dan lain-lain) untuk memberikan vaksin kepada golongan yang berdepan jurang digital," kata Dr Mahesh Appannan, ketua data di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dalam responsnya kepada Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming, menerusi Twitter.
Golongan antivaksin hanya mewakili segelintir daripada jumlah penduduk negara ini, namun itu tidak menghalang mereka daripada menggunakan media sosial untuk berkongsi maklumat salah selain aktif menghasut orang lain agar tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19. Ada juga yang menjual sijil vaksin palsu bagi membolehkan mereka menikmati "kebebasan" yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada individu yang telah lengkap vaksinasi.
Pakar kesihatan awam serta kumpulan majikan turut menyatakan sokongan masing-masing sekiranya vaksinasi diwajibkan pada masa akan datang jika masih terdapat ramai penduduk yang enggan divaksinasi sekalipun telah didekati oleh pihak bertanggungjawab.
Diterjemah dan disunting oleh Noor Hayati Muda
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021
![Pengaruh antivaksin mungkin main peranan dalam kematian akibat COVID-19 - Dr Ahmad Tajuddin Pengaruh antivaksin mungkin main peranan dalam kematian akibat COVID-19 - Dr Ahmad Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612802221_pengurusanjenazah.jpg)
Golongan antivaksin yang turut digelar antivaxxer, kini menjadi kelompok yang mendominasi katil hospital dan juga penyumbang angka kematian akibat COVID-19 di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Israel.- Gambar fail/BERNAMA
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![KL PodFest 2024 dijangka dimeriahkan 3,500 pengunjung KL PodFest 2024 dijangka dimeriahkan 3,500 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706878617_tbKLPodFest.jpg)
KL PodFest 2024 dijangka dimeriahkan 3,500 pengunjung
Penganjuran KL PodFest 2024 selama dua hari bermula esok di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJ PAC), dijangka dimeriahkan oleh 3,500 pengunjung.
![PRN: 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, antara tawaran PH-BN - Amirudin PRN: 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, antara tawaran PH-BN - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690814575_AmiruddinShari.jpg)
PRN: 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, antara tawaran PH-BN - Amirudin
Ia antara 14 tawaran yang terkandung dalam kerangka ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
!['Terus salur insentif pertanian kepada orang muda sehingga berjaya' 'Terus salur insentif pertanian kepada orang muda sehingga berjaya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677905398_PengasasGrasicili.jpg)
'Terus salur insentif pertanian kepada orang muda sehingga berjaya'
Pengasas Grasicili, Munir Ashim Abdullah, berpandangan kaedah untuk menjamin sekuriti makanan negara adalah dengan mengadaptasi pertanian skala besar yang memberi bantuan berterusan kepada bakat muda.
![PAU2022: Presiden, timbalan tak dipertanding, Ismail Sabri bimbang UMNO sukar tarik orang muda PAU2022: Presiden, timbalan tak dipertanding, Ismail Sabri bimbang UMNO sukar tarik orang muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673702010_PerhimpunanAgungUM.jpg)
PAU2022: Presiden, timbalan tak dipertanding, Ismail Sabri bimbang UMNO sukar tarik orang muda
Ismail Sabri berkata, keputusan tersebut jelas bertentang dengan hasrat dan aspirasi golongan muda.
![PRU15: Apa petani muda mahukan? PRU15: Apa petani muda mahukan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667873431_TBpetanimuda.jpg)
PRU15: Apa petani muda mahukan?
51.6 peratus daripada pengundi di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah orang muda yang berusia antara 18 hingga 39 tahun.
![Uji mereka, beri peluang orang muda pimpin UMNO - Najib Uji mereka, beri peluang orang muda pimpin UMNO - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637643149_DSNajibRazak.jpg)
Uji mereka, beri peluang orang muda pimpin UMNO - Najib
Namun, katanya lagi, sebelum itu pun boleh dilakukan, golongan muda perlu melalui ujian-ujian tertentu dahulu.
![70 peratus barisan exco Johor orang muda - MB 70 peratus barisan exco Johor orang muda - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648274271_JohorExco.jpg)
70 peratus barisan exco Johor orang muda - MB
Barisan exco kali ini juga dibarisi pemimpin pelbagai kaum dan mengambil kira keseimbangan jantina sekali gus mencerminkan wajah sebenar Bangsa Johor.
![Lebih 42 peratus penduduk Korea Selatan berusia 30-an masih bujang pada 2020 Lebih 42 peratus penduduk Korea Selatan berusia 30-an masih bujang pada 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41632537970_korea.jpg)
Lebih 42 peratus penduduk Korea Selatan berusia 30-an masih bujang pada 2020
Lebih 42 peratus penduduk Korea Selatan, berusia 30-an masih belum berkahwin tahun lalu dan menunjukkan trend ramai orang muda sama ada lambat berkahwin berikutan kelembapan ekonomi yang berterusan.
![Pengaruh antivaksin mungkin main peranan dalam kematian akibat COVID-19 - Dr Ahmad Tajuddin Pengaruh antivaksin mungkin main peranan dalam kematian akibat COVID-19 - Dr Ahmad Tajuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612802221_pengurusanjenazah.jpg)
Pengaruh antivaksin mungkin main peranan dalam kematian akibat COVID-19 - Dr Ahmad Tajuddin
Menurut KKM, kira-kira enam peratus penduduk di negara ini atau 1.46 juta orang tidak berdaftar untuk divaksinasi.
![Pendekatan 'Keluarga Malaysia' jadi pemacu kejayaan negara - Persatuan Pemimpin Muda UM Pendekatan 'Keluarga Malaysia' jadi pemacu kejayaan negara - Persatuan Pemimpin Muda UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629800081_TBLIMSAN.jpg)
Pendekatan 'Keluarga Malaysia' jadi pemacu kejayaan negara - Persatuan Pemimpin Muda UM
Presiden Persatuan Pemimpin Muda Universiti Malaya (UM), Lim San Shien menyambut baik pendekatan konsep 'Keluarga Malaysia'.