SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menawarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada orang muda Selangor menerusi Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia antara 14 tawaran yang terkandung dalam kerangka ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Saya sedar tawaran ini, saya tidak cakap kosong. Daripada tahun 2018 hingga awal 2023, hasil pelabur yang banyak, kita telah tawarkan 89,000 peluang pekerjaan lahir daripada usaha tekad industri dan pentadbiran negeri Selangor.
“Dengan dasar baharu sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, 100,000, peluang pekerjaan ini adalah sangat realistik dan kita yakin boleh tawarkan 100,000 peluang pekerjaan untuk anak muda lima tahun yang mendatang,” katanya di sini pada Isnin malam.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun di Dewan Raja Muda Musa, di sini pada Isnin malam.
Selain itu, Amirudin berkata gabungan itu menawarkan latihan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi 10,000 orang muda Selangor dengan kerjasama bersama syarikat teknologi tinggi.
Dalam masa sama, meluaskan skop peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200,000 peserta.
Turut ditawarkan bantuan mahasisiwa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa.
Jika PH-BN diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan, beliau menambah,
peluang latihan industri diberikan dengan bayaran RM1,500 sebulan bagi 2,000 orang muda Selangor.
Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun meliputi ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi; agama sebagai cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor; serta perkhidmatan kerajaan yang cekap dan efisien.
Selain itu, pembangunan mampan, selesa, dan berdaya huni dan Selangor negeri penyayang yang membela kepentingan rakyat.
Hasimi Muhamad
Mon Jul 31 2023
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia antara 14 tawaran yang terkandung dalam kerangka ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
PRN: 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, antara tawaran PH-BN - Amirudin
Ia antara 14 tawaran yang terkandung dalam kerangka ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.