MELAKA: Seorang pengarah syarikat tanaman dan sewa ladang kelapa sawit yang beroperasi di Paya Mengkuang, di sini, kerugian RM1.03 juta selepas terperdaya dengan tawaran tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata mangsa berusia 69 tahun itu ditawarkan tender pajak ladang kelapa sawit berkeluasan 607.04 hektar di Ipoh, Perak dan 485.63 hektar di Melaka oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai 'Neliar' menerusi panggilan telefon pada Jun lepas.
Beliau berkata warga emas itu dimaklumkan oleh suspek bahawa tawaran tender tersebut dibuka pada 17 Julai sebelum ditutup pada 31 Okt lepas, dengan perbincangan telah dilakukan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa bersetuju menyertai tawaran tender berkenaan.
"Mangsa kemudian diminta mendepositkan wang berjumlah RM15,000 sebagai tanda persetujuan dan dijanjikan akan menerima sijil menang tender tersebut. Sepanjang urusan tawaran tender yang dijanjikan, suspek tidak menunjukkan sebarang dokumen berkaitan tender itu kepada mangsa.
"Dalam tempoh berkenaan juga, mangsa membuat 45 transaksi bayaran secara berperingkat ke enam akaun bank berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM1.03 juta sebelum dimaklumkan dia berjaya masuk dan memenangi tender, namun sehingga kini tidak menerima sebarang dokumen atau sijil menang tender yang dijanjikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa yang kemudian menyedari diperdaya suspek membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah pada 19 Jan lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 kerana menipu.
Menurutnya susulan laporan yang dibuat mangsa, suspek berusia 39 tahun yang merupakan pemandu lori dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau, ditahan di Kapar, Selangor, pada 9 Feb lepas dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, esok.
Zainol berkata siasatan awal mendapati pemindahan 45 transaksi yang dilakukan mangsa melibatkan enam akaun bank iaitu dua akaun syarikat milik rakan suspek, tiga akaun milik individu yang juga kenalan suspek serta satu akaun syarikat milik suspek.
--BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Zainol berkata siasatan awal mendapati pemindahan 45 transaksi yang dilakukan mangsa melibatkan enam akaun bank. - Gambar fail/Bernama
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Terengganu catat KDNK RM38.2 bilion pada 2023 - Ketua Perangkawan
Terengganu mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak RM 38.2 bilion pada tahun lepas.
Gua Musang miliki kilang proses kelapa sawit berkapasiti tertinggi di Kelantan
Jumlah pemprosesan harian telah meningkat daripada 900 metrik tan kepada 1,800 metrik tan.
Lebih banyak loji biogas berpusat perlu diwujudkan - Chan
Kementerian Perladangan dan Komoditi berharap lebih banyak loji biogas berpusat dapat diwujudkan oleh pemain industri dalam usaha memaksimumkan penggunaan sisa kelapa sawit.
UPNM guna bahan buangan kelapa sawit jadi peledak peluru
UPNM mengorak langkah dalam bidang inovasi apabila menghasilkan peledak atau bahan bakar alternatif dalam peluru daripada ekstrak bahan buangan kelapa sawit.
Model kluster pekebun kecil mampu tingkatkan pengeluaran hasil sawit - Johari
Johari berkata kementerian juga memberi penekanan terhadap kepentingan program penanaman semula setiap kali pokok menjangkau usia 25 tahun seperti yang diamalkan sektor swasta.
Wanita warga emas cedera kereta dihempap pokok kelapa sawit tumbang
Wanita itu yang memandu kereta jenis Honda Jazz berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
Mahkamah kekalkan hukuman penjara 18 bulan, satu sebatan terhadap bekas pekerja ladang
Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 18 bulan dan satu sebatan terhadap bekas pekerja ladang kelapa sawit yang didapati bersalah menipu sebuah syarikat insurans untuk membayar tuntutan
Pengarah syarikat kelapa sawit rugi RM1.03 juta terperdaya tawaran tender pajak ladang
Seorang pengarah syarikat tanaman dan sewa ladang kelapa sawit yang beroperasi di Paya Mengkuang kerugian RM1.03 juta selepas terperdaya dengan tawaran tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.