GUA MUSANG: Daerah Gua Musang merekodkan sejarah baharu apabila memiliki sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit berkapasiti tertinggi di negeri ini, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan, dan Keusahawanan negeri, Mohamad Nasriff Daud berkata kilang Liquid Palm Miller yang dimiliki oleh Liquid Palm Miller Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Kumpulan iKHASAS telah melancarkan peningkatan kapasiti pemprosesan daripada 45 ton sejam kepada 90 ton sejam secara rasminya pada Isnin.
Beliau berkata dengan kapasiti yang tinggi, jumlah pemprosesan harian telah meningkat daripada 900 metrik tan kepada 1,800 metrik tan.
"Kilang ini juga dapat menghasilkan lebih banyak minyak sawit mentah dan membantu memenuhi permintaan pasaran.
"Sebahagian besar bekalan buah sawit diterima dari ladang sendiri yang berkeluasan lebih 3,642 hektar di bawah pengurusan Syarikat Liquid Palm Grower Sdn Bhd dan sebahagian yang lain dari kawasan Kuala Betis, Lojing dan Aring," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Pelancaran Naik Taraf Kilang Sawit di Kilang Liquid Palm Miller, Kuala Betis pada Isnin yang turut dihadiri Pengarah Kumpulan iKHASAS Tan Chee Kian.
Menurutnya, kerja menaik taraf pemprosesan kapasiti telah bermula sejak 2022 dan siap pada pertengahan tahun ini yang menelan belanja RM50 juta.
"Kilang ini menggunakan teknologi terkini (Continuous System) untuk memastikan proses pemprosesan berkesan dan berinovasi demi penghasilan produk berkualiti tinggi seperti minyak sawit mentah (MSM) dan isirung," katanya.
Dalam pada itu Mohamad Nasriff berkata syarikat berkenaan memberikan keutamaan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, selain menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam teknologi terkini.
"Sebagai komitmen kepada komuniti masyarakat setempat, syarikat juga menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk anak-anak kakitangan ke sekolah dengan kos ditanggung oleh syarikat.
"Tempat tinggal yang selesa turut disediakan, termasuk blok bangunan dormitori tiga tingkat untuk pekerja yang belum berkeluarga dan rumah kuarters untuk yang sudah berkeluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024
Sebahagian besar bekalan buah sawit diterima dari ladang sendiri yang berkeluasan lebih 3,642 hektar di bawah pengurusan Syarikat Liquid Palm Grower Sdn Bhd. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
Orang Asli di Gua Musang dijangka pindah ke penempatan baharu pada pertengahan 2026
Setakat ini, sejumlah 250 daripada 280 ketua isi rumah telah bersetuju dengan pakej pampasan dan penempatan semula manakala bakinya masih dalam proses rundingan.
'Saya mahu pertahan kerusi Parlimen Gua Musang' - Mohd Azizi
Mohd Azizi Abu Naim menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRK Nenggiri: UMNO akan letak calon - Ahmad Zahid
UMNO akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan susulan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.
Aidiladha: Trafik di Gua Musang hala ke Kota Bharu lancar - Polis
Aliran trafik di bandar Gua Musang menghala Kota Bharu dilaporkan lancar meskipun orang ramai pulang sempena Aidiladha, esok.
Kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak Orang Asli ditemukan lemas selepas dikhuatiri hilang dihanyutkan arus semasa mandi bersama ahli keluarga di Sungai Nenggiri, Kampung Setawar, Kuala Betis di sini pada Jumaat.
Gua Musang bakal jadi pusat ekonomi Kelantan
Gua Musang bakal dijadikan antara daerah pusat ekonomi negeri Kelantan susulan kedudukannya yang strategik dan dapat menghubungkan negeri ini dengan Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.