KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pembekal tenaga kerja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM1.19 juta.
S. Ratah, 54, selaku pemilik syarikat Star Skill Sdn Bhd didakwa memberi borang pengesahan pekerja bagi program insentif pengambilan pekerja atas nama syarikat itu bertarikh 3 dan 6 Mei 2021 bagi menuntut insentif di bawah program tersebut berjumlah RM1,194,440 kepada dua pegawai perkhidmatan pekerjaan pejabat Perkeso.
Wanita itu dituduh memperdayakan Perkeso iaitu borang pengesahan itu mengandungi pernyataan palsu tentang nama pekerja baharu sedangkan 12 orang dalam senarai pekerja yang dinamakan dalam borang tersebut bukan pekerja syarikat berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, Kampung Baru di sini, sekitar Mei 2021.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir matan palsu itu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
"Jumlah jaminan itu adalah munasabah kerana ia melibatkan nilai yang tinggi iaitu melebihi RM1 juta selain bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah pada setiap tarikh yang ditetapkan," katanya.
Peguam Tarlochan Singh Dhaliwal mewakili tertuduh memohon jaminan antara RM15,000 hingga RM20,000 atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap memandangkan syarikatnya telah muflis selain mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan rawatan susulan.
Hakim Suzana Hussin membenarkan jaminan RM45,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
S. Ratah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM1.19 juta. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Isu 1BestariNet: 'Wallahi, saya tidak ambil satu sen pun' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dirinya terlibat dalam pemberian tender perkhidmatan 1BestariNet ketika menjadi Menteri Pendidikan.
Palsu tuntutan Perkeso: Dua lagi doktor direman empat hari
Dua lagi doktor hospital kerajaan dan seorang ejen direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kartel memalsukan tuntutan hilang upaya Perkeso.
Kes pemalsuan tuntutan Perkeso: Seorang lagi doktor dikesan
SPRM sedang mengesan seorang lagi doktor bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso di Pulau Pinang.
Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.
Tiga doktor ortopedik, 30 individu direman tipu tuntutan Perkeso RM2.1 juta
TIGA DOKTOR ORTOPEDIK DAN 30 INDIVIDU DIREMAN TIPU TUNTUTAN PERKESO RM2.1 JUTA
Bekas ahli MAIDAM, isteri mengaku terima rasuah, kemuka tuntutan palsu agihan zakat
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya didenda atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat.
Bayaran batal percutian ke London dibuat kepada Azlan Man adalah salah - Saksi
Mohamad Azri Ahmad, 49, berkata beliau berasa pelik apabila bayaran bagi pembatalan percutian itu dipulangkan kepada Azlan.
Wang lebih RM200,000 batal percutian ke London pada 2016 masuk akaun peribadi Azlan Man - Saksi
Abdul Rahim Halim, 47, berkata pakej percutian yang bermula 23 Dis 2016 hingga 1 Jan 2017 berjumlah RM253,195.40 dibayar oleh kerajaan negeri Perlis kepada syarikat agensi pelancongan itu sebelum ia d
Tuntutan palsu: SPRM tahan pegawai kanan agensi berkaitan kerajaan
Lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan kerana disyaki membuat tuntutan mengandungi butiran mantan palsu yang bernilai kira-kira RM15,000.
SPRM tahan dua guru besar disyaki buat tuntutan palsu RM500,000
Semua suspek tersebut telah ditahan kira-kira jam 10 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sibu, Sarawak.