Satu majlis perkahwinan terpaksa dilangsungkan di sini sekalipun tanpa kehadiran pasangan pengantin.
Salmiah Ahmad, 56, ibu kepada pengantin perempuan berkata keluarganya terpaksa meneruskan majlis itu semalam kerana kad jemputan telah diedar kepada saudara mara dan sahabat handai, dan tidak sempat untuk ditarik balik.
Lagipun, segala urusan untuk kenduri telah dibereskan, katanya.
Anaknya, Nor Azlina Ismail, 23, keluar meninggalkan rumah Rabu lepas dan tidak pulang hingga hari ini.
Menceritakan dengan lebih lanjut, Salmiah berkata Azlina keluar dari rumah tanpa membawa sebarang beg atau pakaian.
"Pada hari kejadian, saya dan suami ke mahkamah Jawi kerana ada urusan, manakala Azlina berada di rumah bersama adiknya.
"Dia suruh adiknya hantar ke jalan besar di hadapan perumahan ini.
"Dia beritahu adiknya yang dia nak keluar dengan kawan yang bekerja kilang dengannya sebelum ini, tetapi sampai malam Azlina tidak pulang.
"Ayahnya membuat laporan polis berhubung kehilangannya," kata Salmiah kepada pemberita di rumahnya di sini.
Salmiah berkata setahunya, Nor Azlina, anak kelima daripada enam beradik itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga atau tunangnya. Menurut beliau anaknya memang mahu mengahwini bakal suaminya.
"Azlina sayangkan tunangnya. Mereka dah bertunang tiga tahun," katanya.
Dalam pada itu, Salmiah berkata keluarganya tidak menolak kemungkinan anak gadisnya itu lari bersama seorang lelaki yang juga jiran mereka kerana lelaki itu juga hilang pada hari yang sama.
Ayah Azlina, Ismail Saad, 60, pula berkata mereka sekeluarga bimbang mengenai keselamatan Azlina dan merayu anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
"Kalau lelaki itu betul sukakan Azlina, bawalah dia balik ke pangkuan kami dan bincang elok-elok.
"Kami sekeluarga boleh terima dia dengan baik," katanya.
Astro Awani
Sun Feb 17 2013

Ismail Saad (tengah) tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan detik bagaimana anaknya Nor Azlina hilang dari rumah
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Majlis sosial: KKM pantau SOP, ambil tindakan jika berlaku penularan COVID-19
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau secara rapi majlis-majlis sosial yang akan dijalankan bermula 1 Julai ini.