KUALA TERENGGANU: Penganjur program Himpunan RXZ Members 5.0 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus memohon maaf berhubung isu berbangkit melibatkan peserta dan pihak berkuasa sepanjang dua hari program itu diadakan pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Permohonan maaf itu dikemukakan melalui kenyataan rasmi dikeluarkan di laman sosial Facebook RXZ Members-Official pada petang Ahad.
Menurut kenyataan itu, apa yang berlaku itu adalah di luar jangkaan dan akan diperbaiki pada masa akan datang.
"Kami memohon maaf kepada seluruh RXZ Members yang hadir dengan penuh bersemangat sehingga sanggup berhabisan wang ringgit, masa, tenaga dan melakukan persediaan untuk sama-sama menjayakan himpunan ini.
"Kami juga memohon maaf kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tanpa disedari masih ada segelintir kecil yang tak sengaja gagal mengikut lunas undang-undang jalan raya," katanya menerusi kenyataan itu.
Jelasnya, pihaknya juga berusaha memastikan program itu berjalan lancar memandangkan ia kali kelima diadakan serta turut mendapat penyertaan dari Indonesia, Thailand dan Singapura.
"Kami telah mendapatkan nasihat serta saranan yang baik daripada pihak berkuasa, namun tidak berupaya untuk menjadikan ia sempurna.
"Oleh itu, kami dengan rendah diri memohon maaf dan akan cuba melakukan penambahbaikan untuk masa akan datang," kata kenyataan itu.
Difahamkan, lebih 60,000 pengunjung hadir memeriahkan program RXZ Members 5.0 yang diadakan di negeri ini pada kali ini.
Program yang berlangsung selama dua hari itu telah memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023

Difahamkan, lebih 60,000 pengunjung hadir memeriahkan program RXZ Members 5.0 yang diadakan di negeri ini pada kali ini. - Gambar/ Sinar Harian

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

RXZ Members 6.O: JPJ ingatkan penganjur, peserta patuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa
Peserta diingatkan supaya mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagaimana dipersetujui antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Penganjur RXZ Members 5.0 mohon maaf
Penganjur RXZ Members 5.0 memohon maaf berhubung isu berbangkit melibatkan peserta dan pihak berkuasa sepanjang dua hari program itu diadakan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Tiada unsur sabotaj program RXZ Members 5.0 - Polis
Polis Terengganu menafikan terdapat unsur sabotaj terhadap program RXZ Members 5.0 susulan operasi khas motosikal diadakan di sekitar daerah ini dan Kuala Nerus bermula 8 hingga 9 September lalu.

Ekzos bising antara kesalahan 'ekstrem' peserta RXZ Members 5.0
JPJ Terengganu mengesan beberapa kesalahan ekstrem dilakukan peserta himpunan RXZ Members 5.0 antaranya mengubah suai ekzos kenderaan dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi.

RXZ Members 5.0: Kerajaan negeri tiada kuasa ganggu tugas PDRM, JPJ - Exco
Kerajaan negeri tidak boleh mengganggu bidang kuasa polis dan JPJ dalam hal ehwal undang-undang jalan raya.

Lebih 120 motosikal peserta RXZ Members 5.0 ditahan
Lebih 120 buah motosikal peserta himpunan Yamaha RXZ Members 5.0 ditahan atas pelbagai kesalahan yang dikesan menerusi operasi bersepadu dijalankan pada Jumaat.