KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ganja seberat 8.350 kilogram yang dianggarkan bernilai RM25,885 di sebuah rumah di Kampung Kota, di sini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penganggur berusia 36 tahun itu ditahan pada 7.10 malam semalam dan polis turut merampas lapan balutan plastik berisi ketulan ganja mampat di rumah tersebut.
Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini, beliau berkata suspek disahkan positif dadah namun tiada rekod jenayah lampau dan jumlah dadah dirampas boleh digunakan oleh 8,350 penagih dadah.
Beliau berkata polis turut menahan dua penganggur lelaki tempatan di tepi jambatan Pasir Mas-Salor di sini kerana memiliki enam botol plastik berisi heroin seberat 26.31 gram serta 10 biji pil kuda seberat 1.0 gram, semalam.
Turut dirampas sebilah parang berhulu kayu berserta sarung, sebuah motosikal dan dadah yang kesemuanya bernilai RM14,210, katanya.
Muhamad Zaki berkata kedua-dua lelaki itu disahkan positif dadah dan masing-masing memiliki tujuh serta dua rekod lampau dadah.
"Kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 39 dan 50 tahun itu direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dan menambah dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 363 penagih dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024
Muhamad Zaki berkata penganggur berusia 36 tahun itu ditahan pada 7.10 malam semalam dan polis turut merampas lapan balutan plastik berisi ketulan ganja mampat di rumah tersebut. - Gambar Bernama
PRK Sungai Bakap: Joohari yakin sokongan pengundi di kawasan 'hitam'
Joohari berharap lebih ramai pengundi dapat keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Polis tahan tiga lelaki curi kabel di Shah Alam
Polis percaya berjaya menyelesaikan kes kecurian kabel di sekitar Shah Alam dengan tertangkapnya tiga lelaki, semalam.
Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan
Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan penahanan tiga anggotanya yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat Lepas.
Polis Melaka tahan 17 individu disyaki curi kabel sejak setahun lepas
Polis Melaka menahan sekumpulan 17 individu selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) di sekitar negeri itu sejak setahun lepas.
Pemandu lori kontena rempuh kereta positif dadah
Dalam kemalangan itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
178 ditahan dalam operasi samseng jalanan
Polis menahan 178 individu membabitkan 143 motosikal atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang Ipoh.
Penganggur warga Thailand ditahan seludup ganja bernilai lebih RM25,000
Seorang lelaki warga Thailand ditahan kerana disyaki menyeludup ganja seberat 8.350 kilogram yang dianggarkan bernilai RM25,885 di sebuah rumah di Kampung Kota, di sini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Lelaki mati dipukul di Semenyih positif dadah - Polis
Lelaki itu juga didapati mempunyai 10 rekod lampau membabitkan dadah serta satu rekod dikehendaki, juga bersabit kesalahan dadah.
Wanita maut disyaki dipukul suami guna dumbel angkara cemburu
Seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam awal pagi Jumaat.