Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pengamal media di negara ini supaya tidak bersifat apologetik dalam mempertahankan kepentingan nasional dan tanah air.
Beliau berkata ini kerana kewartawanan bertanggungjawab adalah yang membina, menjaga dan memelihara apa yang telah dibina sedangkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab adalah sebaliknya.
"Menjadi responsif kepada kepentingan nasional dan memajukannya adalah sebahagian daripada karakter media global.
"Apatah lagi dengan peledakan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, dunia jurnalisme yang menyaksikan kemunculan akhbar-akhbar dalam talian, penyebaran berita melalui twitter juga facebook, maka cabaran mempertahankan agenda nasional sesungguhnya menjadi amat besar," katanya ketika berucap merasmikan Malam Wartawan Malaysia 2014 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Petronas, di sini, malam ini.
Muhyiddin berkata dalam perjalanan membina sebuah negara bangsa yang bersatu-padu, stabil, aman, makmur dan berjaya, peranan pengamal media yang bertanggungjawab adalah sangat penting.
"Biar secanggih mana teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawanan baik di media cetak, elektronik mahupun portal-portal berita, etika serta tanggungjawab sebagai wartawan tidak pernah berubah," katanya.
Muhyiddin berkata arus permodenan tidak boleh menyanggah prinsip asas pemberitaan yang hakikatnya bersifat universal serta terpakai dahulu, kini dan selama-lamanya.
"Berita yang ditulis tidak boleh semberono, mesti berpaksikan fakta dan paling penting adil kepada subjek yang ditulis. Kesungguhan untuk memartabatkan profesion kewartawanan dalam menyampaikan maklumat yang adil, tepat, jujur dan sahih harus diberi tumpuan dan penekanan yang jitu.
"Tuntutan itu sejajar dengan peranan wartawan sebagai cerdik pandai yang tahu apa sebenarnya yang mereka ingin sampaikan," katanya.
Beliau turut mengingatkan pengamal media supaya tidak menjadi wartawan 'kering minda' atau yang popular kerana menulis berita tidak benar, mengejar sensasi dan didorong oleh agenda tertentu yang disebar pula kepada pembaca.
Beliau berkata peranan media bukan sekadar menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat malah turut terlibat dalam isu pendidikan, perkembangan ekonomi negara, politik semasa, kebudayaan dan hiburan.
"Tanggungjawab media dalam menyampaikan informasi, mendidik, membentuk jati diri masyarakat dan seterusnya menjadi ejen transformasi minda dalam kalangan masyarakat sehingga membentuk sesebuah masyarakat itu yang lebih bermoral, bermaruah dan berdaya saing, merupakan prinsip yang harus dipegang teguh oleh pengamal media," kata Muhyiddin.
Bagaimanapun, katanya apa yang melegakan dan membanggakan beliau adalah komuniti wartawan di negara ini, terutama dalam kalangan media arus perdana, mempunyai komitmen jitu untuk menjadikan prinsip kewartawanan bertanggungjawab sebagai pegangan mereka.
"Hal ini dapat kita saksikan dalam laporan mereka sewaktu kita menghadapi tragedi kehilangan pesawat MH370 yang sehingga sekarang masih kekal misteri, walaupun (operasi mencari) sudah memasuki hari yang ke-42 hari ini.
"Apabila kita meneliti kembali pendekatan kewartawanan dalam pelaporan MH370, kita akan dapati bahawa apa yang dipanggil standard antarabangsa dalam jurnalisme adalah sesuatu yang abstrak, tidak seragam dan tidak konkrit. Sebenarnya, tiada satu panduan yang jelas tentang standard tersebut," katanya.
Muhyiddin berkata laporan media mengenai MH370 juga tidak terkecuali daripada elemen patriotisme oleh wartawan negara yang terlibat dalam pencarian pesawat tersebut.
Semua wartawan daripada organisasi media yang berbeza itu diikat dengan unsur psikologi yang sama serta bersaing memaparkan kebenaran dengan objektif menyerlahkan aspirasi nasional masing-masing, katanya.
"Berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh media-media dari pelbagai negara dalam melaporkan kehilangan MH370, kita harus sedar bahawa kepelbagaian itu adalah sesuatu yang bersifat global.
"Jadi, janganlah kita terikut-ikut dengan momokan kononnya wujud keseragaman atau standard tertentu kewartawanan. Kononnya set nilai antarabangsa perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh wartawan tempatan di mana-mana negara termasuk di Malaysia," katanya.
Muhyiddin turut memuji dan merakamkan penghargaan serta terima kasih kerajaan kepada semua wartawan dan media tempatan yang terlibat dalam melaporkan mengenai kehilangan MH370.
"Anda semua telah memainkan peranan masing-masing dan menjadi penyumbang kepada pembinaan negara bangsa. Adalah jelas bahawa kita bergerak melaksanakan tanggungjawab kepada audien dalam bentuk menyampaikan maklumat serta berjuang memaparkan kebenaran dengan suatu kesedaran nasional," katanya.
Bernama
Sat Apr 19 2014
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.
Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.
Arahan tambahan SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.
COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)
"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.
Kes Shafee Abdullah: Pendakwa raya mahu buktikan tertuduh terima RM9.5 juta sebagai yuran guaman
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Media perlu terus ketengahkan kekejaman Israel kepada dunia
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.
Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19, ujar Dr Siti Mariah Mahmud.
Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Kerajaan perlu beri lebih ruang buat pendidik tingkatkan kreativiti - Aktivis pendidikan
Kerajaan perlu memberi lebih ruang kepada pendidik untuk muncul lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam talian.